Font size: +
3 minutes reading time (684 words)

Ghulam Ad-Dakwah & Yayasan Kebajikan At-Tibyan's Efforts in Promoting Islamic Teachings and Community Development in Pekan Pahang

On May 4, 2023, the Yayasan Kebajikan At-Tibyan (YKA) along with the Ghulam Ad-Dakwah organization representatives made a follow-up visit after Ramadan to observe the condition of the community in Kg. Sekukuh and Kg. Tanjung Agas in Pekan, Pahang. This program will be implemented in collaboration with the Ghulam Ad-Dakwah organization and YKA as a form of concern for the local community.

The Ghulam Ad-Dakwah organization is an active organization in dakwah throughout Malaysia. Their activity in dakwah has a great impact in fostering a spirit of love for Islam. Therefore, their presence in this follow-up visit gives hope to the local community to strengthen their faith and piety towards Allah SWT.

Before this follow-up visit was conducted, YKA and Ghulam Ad-Dakwah had discussions and meetings with the mosque committee members to obtain the current and actual situation of the local community. The purpose of these discussions is to understand the current situation of the community there and arrange religious programs such as the importance of prayer and Quran classes, and also contemplation of the Quran.

Muslims in Malaysia need to be emphasized with correct faith values and not to leave the pillars of religion, namely prayer. Without religious education, the community will continue to be in a state of complacency and neglect. Therefore, the new generation must be exposed to the correct religious values since childhood to shape good personalities and avoid them from falling into ignorance.

The next visit will be held to discuss with the mosque chairman and also representatives of the community to assess suitable programs. It is hoped that the programs implemented can strengthen the faith of the local community and bring positive changes within them.

Dakwah is an important approach in strengthening the faith and piety of the Muslim community. Therefore, we need to foster a spirit of love for Islam so that people can practice the teachings of religion as best they can. We must also provide continuous support and contributions to dakwah organizations and NGOs involved in efforts to strengthen the faith of the community in order to bring positive changes within them. Hopefully, this dakwah effort will continue and be blessed by Allah SWT. Amin.

------------------------------------

Pada 4 Mei 2023, Yayasan Kebajikan At-Tibyan (YKA) bersama dengan pertubuhan Ghulam Ad-Dakwah telah melakukan lawatan susulan selepas Ramadhan bagi meninjau keadaan masyarakat di Kg. Sekukuh dan Kg. Tanjung Agas di Pekan, Pahang. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama kedua-dua pertubuhan sebagai bentuk kepedulian terhadap masyarakat setempat.

Pertubuhan Ghulam Ad-Dakwah adalah pertubuhan yang aktif dalam dakwah di seluruh Malaysia. Keaktifan mereka dalam dakwah memberikan impak yang besar dalam memupuk semangat kecintaan kepada agama Islam khususnya dalam memahami mesej Al-Quran. Oleh itu, kehadiran mereka dalam lawatan susulan ini memberikan harapan kepada masyarakat setempat untuk memperkukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah SWT.

Sebelum lawatan susulan ini dilakukan, pihak YKA dan Ghulam Ad-Dakwah telah mengadakan perbincangan dan diskusi bersama AJK masjid untuk mendapatkan keadaan semasa dan sebenar latar masyarakat setempat. Tujuan perbincangan ini adalah untuk mengetahui keadaan semasa masyarakat di sana dan mengatur program agama seperti kepentingan solat dan kelas Al-Quran serta tadabbur Al-Quran.

Masyarakat Islam di Malaysia perlu ditekankan dengan nilai akidah yang benar dan tidak meninggalkan tiang agama iaitu solat. Tanpa pendidikan agama, masyarakat akan terus dalam keadaan leka dan lalai. Oleh itu, generasi baru perlu didedahkan dengan nilai-nilai keagamaan yang betul sejak kecil lagi untuk membentuk kepribadian yang baik serta mengelakkan mereka dari terjerumus dalam kejahilan.

Lawatan seterusnya akan diadakan bagi membincangkan bersama pengerusi masjid dan juga wakil masyarakat setempat untuk menilai program yang bersesuaian. Diharapkan program-program yang dijalankan dapat memperkukuhkan lagi akidah masyarakat setempat dan dapat membawa perubahan yang positif dalam diri mereka.

Dakwah merupakan satu pendekatan penting dalam memperkukuhkan akidah dan ketakwaan masyarakat Islam. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kecintaan kepada agama Islam agar terus mengamalkan ajaran-ajaran agama dengan sebaik-baiknya. Kita juga harus memberikan sokongan dan sumbangan yang berterusan kepada badan-badan dakwah dan NGO yang terlibat dalam usaha memperkukuhkan akidah masyarakat agar dapat membawa perubahan yang positif dalam diri mereka. Semoga usaha dakwah ini terus berjalan dan diberkati Allah SWT. Amin.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Terlupa Hari Bertemu Tuhan
Laporan Sumbangan Ramadhan 2023
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 19 September 2024