By Abdul Azim on Tuesday, 26 August 2025
Category: Programs

Lawat Ladang Ayam Organik

Ganchong, Pekan - Hari ni team Yayasan mengambil peluang menziarahi sebuah ladang ayam organik yang diusahakan seorang saudara muslim kita, En Sharif. Dalam perancangan melaksanakan projek pilot perniagaan yang berasaskan waqaf pada masa akan datang, banyak yang perlu dipelajari terutama dalam bidang pemakanan dan penternakan yang bekalannya masih belum mencukupi.

Sebuah ladang yang sangat bersih,mesra pelanngan dan langsung tidak berbau. Ini membuktikan komitmen penternak dalam penghasilan baka ayam kampung yang organik,iaitu yang halal dan yang bersih. Kami amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau. Bukan sahaja ayam kampung,bahkan produk lain juga turut dihasilkan seperti rendang ayam kampung organik.Disebelah tengahari kami dihidangkan dengan rendang ayam bersama nasi kunyit. Kami sendiri telah merasai kelazatan rendang tersebut,ternyata memang lain rasanya. Ayam yang dijaga dan diberi makan dengan ramuan istimewa ini sangat sihat,ceria dan segar. Ayam yang membesar dalam keadaan tidak stress akan menghasilkan daging yang sedap.

Kami berharap,inspirasi ini akan menghasilkan idea yang baik bagi menjana pendapatan  untuk Yayasan satu hari nanti. Kami tidak lagi mahu bergantung dengan sumbangan semata-mata. Tetapi ingin berdiri sendiri dan menjana pendapatan sendiri agar dapat terus memberi dengan lebih banyak kepada masyarakat.

Mengambil kesempatan dari lawatan ini, kami turut berbincang dan bertukar pandangan bagaimana model-model perniagaan yang boleh memberikan manfaat kepada Yayasan satu hari nanti.Keuntungan daripada pengembangan dana wakaf akan digunakan bagi membiayai pengurusan Yayasan dan juga yang paling utama adalah meluaskan kegiatan dakwah,kebajikan dan bantuan khasnya dalam bidang pendidikan.Model ini seharusnya juga menjadi bidang kajian kepada lain-lain NGO Islam.

Wakaf produktif adalah instrumen yang penting yang perlu diadaptasi oleh kaum muslimin dalam menjalankan perniagaan. Itulah yang sahabat-sahabat dahulu lakukan. Rezeki yang Allah kurniakan kepada perniagaan mereka dikembangluaskan menjadi manfaat kepada seluruh umat yang lain,bukan hanya kepada diri mereka sendiri sahaja.Inilah model perniagaan yang mapan yang ditinggalkan. Model perniagaan kini yang diperkenalkan barat yang mengutamakan kapitalisme harus ditinggalkan kerana ia diasaskan bukan atas dasar kebajikan.

Leave Comments