By Abdul Azim on Friday, 27 September 2024
Category: Programs

Kubur Yang Berkat

​KUBUR, BERKAT & KISAH ASHABUL KAHFI 

Lumrah manusia mmg suka & tertarik dengan perkara pelik, mencarik adat. Nampak je pelik skit,takjub,ada keramat mula kita percaya macam-macam. Org kita minat perkara superstitious. Kisah Ashabul Kahfi, ramai yg kata hebat sbb ditidurkan 309 tahun & dibangkitkan semula. Ya mmg hebat, mereka org2 soleh disisi Tuhan & Allah kurnia rahmah kpd mereka sbb jihad betul2 nak jaga iman. Allah pelihara mereka!. 

Allah tidurkan mereka lama dan apabila mereka terjaga, mereka keluar dari tempat persembunyian untuk mencari makanan kerana lapar. Melihat kepada duit yang dihulurkan tu, orang tahu mereka ni dari masa lampau. Mereka tahu kisah-kisah orang yang lari dari raja yang zalim.Tetapi sekarang, negeri tu dah diperintah oleh raja yang beriman. Org2 yg jumpa tu,rasa takjub dgn kewaliaan ashabul kahfi ni, menyebabkan mereka nak buat masjid/binaan di tempat tersebut. Untuk apa?Mungkin nak ambil barakah dari wali2. Disinilah bermulanya khurafat. Mereka lupa yang menjadikan peristiwa lu adalah Allah yang maha hebat. Cerita kehebatan itu menyebabkan mereka terpesona. Hebat!

Kemudian Allah ceritakan dalam surah Al-Kahfi ni, mereka mula berbantah2. Tentang apa?  Tentang bilangan sebenar, berapa orangkah sebenarnya ashabul kahfi, ada kata 3,4,5,ada kata 7,8. Maka Allah kata tak payah sibuk2 tanya mereka berapa org sbb tak penting pun. Bila Al-Quran tak sebut, maka memang tak pentinglah. Sebab Al-Quran tak cerita kepada kita benda yang tak penting, melainkan semua yang penting yang kita perlu ambil tahu. Nampak tak? Kita ni suka sibuk2 benda yg xpenting, yg betul2 penting buat xkisah pulak. Cerita artis bercerai, cerita orang ni kena sondol dan sebagainya. Yang ni bersungguh-sungguh kita baca,kita korek, padahal tak bagi faedah apa-apa pun. Malah menambah dosa mengumpat mungkin ada. 

Jadi Allah nak tunjuk, setakat bilangan ashabul kahfi pun mereka tak tahu dan berbantah-bantah, tetapi mereka sibuk nak buat masjid kat kubur sbb nak ambil berkat & beribadah. Macamana mereka tahu betul-betul ada berkat,sedangkan itu hal2 ghaib? Jumlah bilangan ashabul kahfi yg berapa org tu, yg mereka boleh nampak tu pun mereka dah tak tahu, ni kan pula benda ghaib pulak, seperti barakah dan sebagainya. Semua itu tak lain hanyalah sangkaan2 mereka yg langsung tak berasas.Tidak berpandukan  dalil..

Allah tanya Nabi, adakah kamu rasa kisah ashabul kahfi ni shj ke yg menakjubkan? Sedangkan banyak lagi hal2 kehebatan yg Allah cipta kamu xperhatikan ke? Kamu sibuk pasal bilangan, tp kamu lupa ambil pengajaran sbb apa Allah selamatkan mereka. Mereka lari bukan sbb takut dibunuh,ttp nak selamatkan iman. Iman kita dipelihara mcmana hari ni? Pernah kita lihat Langit & bumi ni yg Allah ciptakan yg jauh lebih lama dari 309 tahun ni ,pernah x kita rasa hebat,takjub & menyebabkan iman bertambah?..apa pendapat kalian?

Leave Comments