IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (541 words)

CLAY PLAY DAY

WhatsApp-Image-2025-10-30-at-11.28.30-AM

22 Oktober 2025 – Alhamdulillah, sempena long Deepavali school break ni, team AJC dengan support dari @attibyankuantan sempat buat satu simple tapi meaningful program untuk adik-adik comel kita

Hari ni mereka dapat peluang decorate mirror guna air clay dan seriously, the results were so creative and colourful! Ada yang buat tema underwater, waterfall, winter scene & ada yang buat Malay traditional dishes lengkap dengan pinggan dan nasi lemak tau. Mmg power. Semua hasil imagination masing-masing.

Tapi beyond just playing with clay, program ni sebenarnya ada mesej yang jauh lebih dalam yang kita nak sampaikan iaitu tentang kecantikan sebenar.

Kita hidup zaman sekarang yang semua orang sibuk nak nampak cantik luaran. Betul, tak salah nak jaga penampilan, tapi jangan sampai kita lupa yang paling penting ialah cantik pada akhlak dan hati.

Macam yang Nabi SAW sebut dalam satu hadis riwayat Muslim:

Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan harta kamu, tetapi Allah melihat pada hati dan amalan kamu. (Riwayat Muslim)

That's why kita jadikan mirror sebagai simbol bila tengok diri sendiri, biar bukan sekadar nilai apa yang nampak di luar, tapi tanya diri, "Cantik tak akhlak aku hari ni?"

Kita sempat buat sharing ringan tentang Bilal bin Rabah RA, sahabat Rasulullah SAW yang berkulit gelap dan pernah menjadi hamba. Tapi kedudukannya tinggi di sisi Allah kerana iman dan kesetiaan dia.

Nabi SAW pernah bersabda kepada Bilal:

"Wahai Bilal, aku telah mendengar bunyi tapak kakimu di hadapan aku dalam syurga."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

that's how Islam defines beauty and honour.
Not by colour, status, or looks but by faith, sincerity and akhlak.

So kita remind adik-adik that day: You're beautiful not because of your face, but because of your faith.

Sebagai penutup, kita ajar mereka doa bila tengok cermin:

اللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

(Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan rupa paras ku, maka perelokkanlah juga akhlakku.)

Bila mereka tengok cermin lepas ni, harapnya bukan sekadar nak betulkan rambut atau senyum depan refleksi, tapi untuk remind themselves the real beauty is how you treat others, how you speak and how you act not the looks only.

Sometimes, program kecil macam ni nampak macam "main tanah liat je pun". Tapi kalau kita pandang lebih jauh, ia sebenarnya moment of tarbiyyah (mendidik hati sambil bermain).Sebab bila anak-anak ni belajar nilai cantik yang sebenar sejak kecil, inshaAllah nanti bila besar mereka tak mudah terpengaruh dengan definisi cantik dunia. They'll learn to value kindness over looks, humility over fame and iman over image. INshaAllah



Clay Time

Little hands, big creativity! Semua tengah fokus decorate mirror masing-masing


Chill & Makan Time

Lepas siap hasilkan masterpiece masing-masing, time to recharge! Sambil makan, semua excited tunjuk hasil clay dorang.

Sharing Time

Before wrapping up, kita sempat sembang santai pasal Bilal bin Rabah RA, sahabat Nabi yang kulitnya gelap tapi tinggi darjatnya di sisi Allah. Nabi pernah kata dengar tapak kaki Bilal dalam syurga. So, terbukti yang beauty isn't about skin, but about soul and akhlak.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Catch Up Session: Hidup, Perjalanan & Manual dari ...
D’tepian Kaseh
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Thursday, 13 November 2025