By Abdul Azim on Saturday, 08 July 2023
Category: Pendidikan

Menjadi Smart Parent di Zaman Serba Mencabar

Menjadi ibu bapa pintar adalah sangat penting dalam dunia yang sentiasa berubah dan berkembang pesat pada masa kini. Kita menjadi ibubapa bukan kerana kita berkahwin,mendapat anak dan menjadi 'terpaksa' menjadi ibubapa. Keibubapaan adalah satu perkara yang mesti dipelajari sepertimana pelajar baru yang tidak tahu apa-apa apabila masuk ke alam sekolah. Bila belajar, mereka akan tahu apa yang perlu, apa yang tidak dan apa yang harus dilakukan. Namun, masih ramai di kalangan kita tidak merasakan ilmu keibubapaan adalah penting. Kita melayari bahtera kekeluargaan tanpa ilmu, mengikut arus, dan membiarkan masa menentukan segala. Pengalaman orang-orang dahulu mungkin ada yang sesuai, dan ada yang tidak kerana zaman kita telah banyak berubah. Zaman anak-anak kita bukan zaman kita dahulu. Kita sebagai ibubapa ada banyak perkara yang perlu peka dan peduli. Jangan bila sudah terhantuk barulah nak terngadah. Diwaktu itu mungkin sukar untuk kita membetulkan keadaan. Ibarat kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Sebagai ibu bapa, kita semua mahu yang terbaik untuk anak-anak kita, memberi mereka kemahiran dan sifat-sifat penting yang mereka perlukan untuk mengharungi kehidupan yang mencabar dengan baik. Membesarkan mereka dengan bijak dan pendekatan yang bijak adalah dengan memberi fokus kepada membina dan membimbing anak-anak, memberi mereka keupayaan untuk membuat pilihan bijak dalam menjalani kehidupan yang praktikal. Ia bukanlah tentang perlunya kitamenjadi ibu bapa yang sempurna tetapi tentang memberi asas-asas yang kukuh bagi perkembangan dan pertumbuhan anak-anak kita.

Tapak asasnya adalah terletak pada pembinaan hubungan antara ibu bapa dan anak yang kukuh. Ini melibatkan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak kita, terlibat dalam perbualan yang bermakna, dan mendengar secara aktif pandangan dan perasaan mereka. Namun,kebanyakan ibu bapa kini sibuk dengan gajet masing-masing sehingga ada masa ketika anak bercakap dengan mereka, mereka tidak sedar kerana terlalu asyik. Adakalanya penat balik dari kerja, malas melayan karenah anak dan terus berlalu. Rutin ini terus berlaku sehingga beberapa ketika. Akhirnya mereka berlalu pergi dan membawa persepsi yang ibubapa mereka tidak mengendahkan mereka apabila bercakap. Persepsi ini akan terus dibawa selama mereka meningkat dewasa. Jangan pula kita marah bila mereka sudah tidak ingin berkongsi masalah dengan kita nanti. Dengan menghadirkan diri secara emosi dan fizikal, kita sebenarnya membina satu rasa selamat dan percaya terhadap diri kita.Amat penting untuk mencipta suasana di mana anak-anak kita berasa selesa berkongsi kegembiraan dan cabaran mereka dalam kehidupan harian mereka.

Aspek penting lain dalam mendidik anak-anak adalah mendedahkan mereka tentang bagaimana untuk mengawal diri & emosi. Membantu mereka memahami dan mengendalikan emosi, tingkah laku, dan nafsu mereka memberi mereka keupayaan untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan ketenangan dan persediaan mental. Cara terbaik adalah untuk kita sendiri mencontohkan tentang bagaimana untuk mengawal emosi. Sebenarnya, anak-anak lebih mudah untuk meniru dan belajar dari watak kedua ibu bapa mereka. Namun, jika kita sendiri mencontohkan perbuatan dan akhlak yang buruk, mereka pasti akan dapat adaptasi yang sama malah lebih cepat dari kita jangkakan. Misalnya, bercakap kasar, baran dan mudah mengamuk, tidak sabar, malas dan sebagainya. Anak-anak belajar melalui pengamatan terhadap orang dewasa di sekeliling mereka, jadi adalah penting untuk menunjukkan nilai dan tingkah laku yang kita ingin tanamkan pada mereka. Kita perlu konsisten menunjukkan sikap baik, saling menghormati, jujur, dan empati, tingkah laku positif, membantu mereka berkembang menjadi individu yang penyayang dan bertanggungjawab. Ini dapat membimbing mereka dalam berfikir. Kita sebenarnya menanamkan kemahiran hidup yang paling berharga yang akan berguna hingga mereka dewasa.

Berdikari adalah satu aspek yang penting, yang sering dilupakan. Bukan sahaja kepada orang dewasa malah kepada anak-anak. Biarkan anak belajar minum sendiri dengan tangan mereka tanpa kita bantu memegang gelas. Ini adalah asas dan kemahiran motor. Istilah memanjakan anak harus dibatasi dan tidak harus berlaku sepanjang waktu. Ada masa kita perlu mengajar mereka membuat atau menyelesaikan masalah mereka sendiri. Tapi harus ingat, ini berlaku dengan pemantauan dan juga panduan yang jelas. Perkara seperti ini membolehkan anak-anak kita mengambil tanggungjawab yang sesuai dengan usia mereka dan membuat keputusan sendiri. Ini penting untuk memberi pengalaman kepada mereka dalam belajar membuat keputusan dan menambahkan keyakinan diri. Menggalakkan mereka menyelesaikan masalah,mengatasi halangan, dan menghadapi pengalaman baru moleh menanamkan rasa berdikari. 

 'nanti dululah tunggu... la abang besar sikit',' 'minggu depan lah ayah sibuk sikit minggu ni'

Menyokong dan memupuk minat anak-anak dalam apa yang mereka minat. Kenall pasti minat mereka dan berikan peluang untuk mereka explore dan berkembang. Jangan sekat dengan kata-kata negatif seperti, 'nanti dululah tunggu la abang besar sikit',' minggu depan lah ayah sibuk sikit minggu ni' dan pelbagai lagi alasan yang akan membantutkan mereka. Sebenarnya, kita cuma perlukan sedikit sahaja masa untuk berinteraksi dengan mereka dengan baik. Kita boleh buat alternatif, buat perbincangan atau perbualan dalam topik yang sama tanpa terus mencantas rasa ingin tahu mereka. Dengan buat begitu kita sebenarnya sedang memberikan mereka galakan dan menyediakan ruang pembelajaran kepada mereka, kita menghidupkan semangat mereka dan membantu mereka membangunkan bakat dan kemahiran unik yang mereka ada.

Ada apa tentang disiplin. Macam kat sekolah je. Perasan tak anak-anak boleh akur dengan peraturan sekolah, tapi menjadi lain bila di rumah? Maka di rumah pun sepatutnya ada set disiplin yang tersendiri. Misalnya, lepas makan sila basuh pinggan sendiri. Jika nampak sampah atas lantai, tak perlu disuruh, ambil dan terus buang dalam tong sampah. Disiplin yang berkesan pun penting dalam membesarkan anak-anak. Perkara kecik seperti ini tidak diberi keutamaan oleh ibubapa kerana remeh dan leceh. Disiplin ini bukan sekadar menghukum je bila anak-anak buat salah. Kita perlu lebih fokus pada mengajar mereka tingkah laku yang betul dan bagi pengajaran yang berharga. Kaedah disiplin yang adil dan sesuai dengan umur dorang, yang memberi penekanan pada bimbingan yang membina yang dapat membantu mereka faham akibat tindakan mereka dan galakkan dorang buat pilihan yang lebih baik di masa depan.

Hilang sabar akibat karenah anak. Bersabarlah dan terus belajar. Hidup sebagai ibubapa pasti ada cabaran, tapi jangan risau! Ia perjalanan yang seronok dan memuaskan. Jadi sebagai ibu bapa, penting untuk kita bersabar dan faham, bukan saja terhadap anak-anak kita, tapi juga terhadap diri kita sendiri. Terima kegembiraan dan cabaran dalam pemeliharaan dengan hati penuh kasih sayang dan empati. Ingat, kita semua tengah belajar dan berkembang, so jangan takut mencari sokongan bila kita perlukan. Ada banyak sumber dan komuniti yang boleh bagi kita bimbingan, jaminan, dan rasa kemanusiaan

Percaya pada naluri dan kekuatan diri merupakan perkara yang paling penting, percayalah pada naluri dan kekuatan diri kita sebagai ibu bapa. Kita yang paling kenal anak kita, lebih daripada sesiapa pun. Naluri kita adalah alat yang berharga dalam membimbing mereka ke arah kejayaan. Jadi percayalah pada diri sendiri dan yakin dengan keputusan yang kita buat untuk anak-anak kita.

Jadi, jom kita ambil keistimewaan yang luar biasa ni untuk mendidik anak-anak kita dengan didikan yang 'smart'. Kita sediakan mereka dengan alat yang diperlukan untuk berkembang dalam kehidupan. Dengan praktis prinsip-prinsip pemeliharaan yang bijak – membina hubungan yang kuat, mengajar pengawalan diri, mengajar berdikari, berikan contoh tingkah laku yang baik, galakkan minat, memberikan mereka akur dengan keterbatasan, dan kekal mendisiplinkan diri – kita pasti dapat membantu anak-anak kita menjadi individu yang berkembang dengan potensi unik mereka. 

Leave Comments