IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
1 minute reading time (264 words)

Subscription Donation untuk Dana Dakwah 2025

Jadi Sebahagian dari Misi Dakwah & Kebajikan YKAT 2025! 🌟

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, kita memasuki tahun 2025 dengan penuh semangat untuk terus membawa impak positif kepada masyarakat melalui dakwah, kebajikan, dan pendidikan. Namun, untuk memastikan semua program ini dapat dilaksanakan dengan lancar, kami memerlukan sokongan anda.

Kami Perkenalkan: Subscription Donation untuk Dana Dakwah 2025

Sekarang, anda boleh menyumbang secara automatik serendah RM10 sebulan atau memilih jumlah sumbangan ikhlas anda selama 12 bulan atau sehingga anda menghentikan subscription. Sumbangan ini akan dipotong secara automatik, jadi anda tidak perlu risau untuk membuat sumbangan secara manual setiap bulan.

Kami juga berhasrat agar mempunyai  100 subscribers ikhlas yang komited untuk menyumbang RM50 sebulan, membantu menjayakan pelbagai program dakwah dan kebajikan kami.

Mengapa?
Kerap kali program kebajikan & dakwah tak dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan. Setiapkali menerima kes kecemasan, kami tidak dapat memberikan bantuan segera,gerakerja menjadi tergendala dan terganggu.

Kenapa Ini Penting?
Dengan subscription donation, anda membantu:
✅ Menyokong program dakwah seperti Street Dakwah dan ziarah asnaf.
✅ Memastikan kelas pendidikan dan tadabbur al-Quran terus berjalan.
✅ Menyediakan bantuan kepada asnaf dan keluarga yang memerlukan.
✅ Memastikan perancangan yayasan berjalan lancar sepanjang tahun.

Tak Perlu Risau

  • Subscription ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa yang anda inginkan.

Jadi Sebahagian Daripada Perubahan!
Setiap sen yang anda sumbangkan adalah pelaburan akhirat yang akan memberi manfaat kepada ramai insan.

Semoga Allah memberkati usaha kita bersama. Jazakumullahu khairan atas sokongan anda!

#Dakwah2025 #IstiqamahMembantu #YKATBersamaAnda

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada misi kebajikan ini.

Yayasan Kebajikan At-Tibyan 

Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

PROGRAM CUTI SEKOLAH: BENGKEL SOLAT 2.0
Sejauh mana kita faham Al-Quran?
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 13 February 2025