IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (530 words)

PROGRAM CUTI SEKOLAH: BENGKEL SOLAT 2.0

buds

19 Januari 2024 - Seramai 75 peserta hadir menyertai Bengkel Solat 2.0: Solat is Life yang berlangsung di Al-Jaafar Centre. Bengkel ini dianjurkan oleh Al-Jaafar Centre dengan kerjasama Yayasan Kebajikan at-Tibyan (YKAT), khusus bagi kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun.

Alhamdulillah, dengan sokongan daripada para penyumbang dan usaha gigih semua pihak, bengkel sempena cuti sekolah ini dapat dijalankan secara percuma kepada semua peserta. Sambutan yang luar biasa ini mencerminkan keperluan masyarakat untuk program pendidikan Islam yang interaktif dan praktikal.


Menghidupkan Ilmu Solat dengan Modul Interaktif

Bengkel ini menawarkan pendekatan unik dalam memberi kefahaman kepada peserta mengenai ibadah solat. Antara slot yang dijalankan ialah:

  • Kepentingan solat dalam kehidupan seharian
  • Zikir selepas solat

Kem ini tidak hanya dijalankan dalam bentuk pengajaran formal semata-mata, tetapi turut disertakan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti dalam kumpulan (LDK) menarik yang dirancang untuk meningkatkan interaksi dan keseronokan para peserta sepanjang program. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kuiz santai, permainan energizer serta latihan dalam kumpulan yang mampu mencetuskan suasana ceria dan semangat kebersamaan.

Di slot yang terakhir, pihak kami menyediakan kuiz digital menggunakan aplikasi "Quizizz" yang perlu dijawab secara berkumpulan. Kuiz ini bertujuan menguji tahap pemahaman peserta terhadap keseluruhan isi penyampaian program sambil menanam elemen persaingan yang sihat dan menyeronokkan.


Respon daripada Ibu Bapa Peserta

Pihak kami telah menerima pelbagai respons positif daripada peserta dan ibu bapa, yang menjadi pendorong untuk kami terus menganjurkan program seperti ini pada masa hadapan. Respons yang diterima membuktikan keberkesanan pendekatan dan modul yang diterapkan sepanjang program.Salah satu respons yang menyentuh hati kami adalah daripada seorang ibu peserta. Katanya:

"Saya bangga dengan pihak penganjur! Anak saya telah didiagnosis menghidap Mild Autisme dan ADHD, tetapi menurut abangnya, dia mampu memberikan fokus yang baik sepanjang bengkel."

Allahu Akbar! Sejujurnya, kami terharu sangat membaca respons ini. Kata-kata ini benar-benar memberi kekuatan kepada kami untuk terus melangkah. Doakan kami untuk terus memberi manfaat kepada ummah.


Penghargaan

Dikesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tok 4 Kampung Anak Air atas kesudian beliau turun padang dan menghadiri bengkel ini sebagai tanda sokongan. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terlibat, sama ada para penyumbang, sukarelawan, mahupun tenaga kerja di sebalik tabir.

Kejayaan bengkel ini membuktikan bahawa kerjasama erat di antara pelbagai pihak mampu menghasilkan program yang bermakna dan memberi impak positif kepada masyarakat. Usaha ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan, malah menjadi langkah penting ke arah melahirkan generasi yang mencintai ibadah dan memahami asas agama dengan lebih mendalam.

Semoga program-program seperti ini terus menjadi platform untuk membina generasi muda yang beriman, berilmu dan beramal. Kami di Yayasan Kebajikan at-Tibyan akan terus komited dalam misi menyebarkan dakwah dan ilmu kepada masyarakat.


Slot Kepentingan Melaksanakan Solat dalam kehidupan seharian 

Oleh: Ustaz Moszakir 


Slot Zikir dan Doa selepas solat

Oleh: Brother Saiful

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

The Quran is a Reminder
Subscription Donation untuk Dana Dakwah 2025
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 13 February 2025