Bila sebut pasal hijrah, tak semestinya hjrah tempat, tapi bila seseorang itu berubah ke arah yg baik pun dipanggil sebagai hijrah. Kita sbg manusia biasa mmg tak akan lari dari buat silap, sebabtu kita digalakkan melazimi istighfar. Ada org diuji dengan dosa dan ada pula org diuji masa dia melihat org lain buat dosa.
Bila kita nampak seseorang tersilap, kawal percakapan kita dan cuba bimbing orang tu dengan hikmah. Jangan cepat cop orang tu jahat, walaupun dosanya besar, atau kita terus pandang hina pada keturunan dia. Boleh jadi hari ni dia buat silap, tapi malam nanti dia sujud menangis depan Allah mohon keampunan. Kita tak tahu, sebab itu urusan dia dengan Allah.
Penulis teringat satu kisah menarik yang pernah dikongsikan oleh Ustaz Wadi dan rasa nak sangat kongsi di sini. Kisah ni tentang hijrah seorang sahabat Nabi yang pada asalnya sangat keras menentang Islam.
Dulu, antara tokoh paling kuat lawan Nabi adalah Abu Jahal (nama sebenarnya Amr bin Hisham). Dia memang terkenal sebagai musuh ketat dakwah Rasulullah SAW. Anak dia pula, Ikrimah bin Abu Jahal, pada awalnya ikut jejak ayahnya, sama-sama menentang Islam. Malah, sewaktu pembukaan Kota Makkah, Nabi SAW keluarkan arahan khas. Beberapa org yg terlibat kuat dlm menentang Islam boleh dibunuh walaupun berlindung di Kaabah dan Ikrimah termasuk dalam senarai tu.
Tapi bila dapat tahu pasal arahan tu, Ikrimah lari ke Yaman. Di sana, dia mula muhasabah diri, akhirnya bertaubat dan memeluk Islam. Isteri dia, yang lebih awal masuk Islam, bantu sampaikan berita taubat tu kepada Nabi. Bila Nabi tahu dia sudah Islam dan akhirnya nabi maafkannya. Nabi siap pelawa dia untuk buat permintaan dan semestinya nabi akan tunaikan.
Tanpa berlengah, Ikrimah tak minta benda lain tapi dia minta Nabi berdoa dekat Allah spy Allah ampunkan dosa dia yg lps sebab banyak harta, duit, tenaga yang tlh dia laburkan untuk halang penyebaran dakwah Nabi. Dia juga bersumpah untuk gandakan duit yang dia guna sblm ni, yg halang perjuanagan nabi untuk bantu perkembangan Islam.
Walaupun ayahnya digelar Abu Jahal, musuh Islam, anaknya tak ikut jejak ayah. Sebaliknya, dia jadi sahabat Nabi yang taat, kuat ibadah, dan berjuang habis-habisan demi Islam. Kata sahabat yg lain, mereka takkan nampak Ikrimah ni kat tempat lain melainkan di medan perang utk pertahankan Islam atau masjid utk baca mushaf (al-Quran).
Akhirnya Ikrimah gugur syahid di medan perang semasa peperangan Yarmouk (salah satu peperangan besar melawan tentera Rom Byzantin) dan dia merupakan antara panglima perang barisan hadpn termasuk Khalid al-Walid (Saifullah-pedang Allah).
Semasa perang, Ikrimah bertekad mematahkan sarung pedang (simbolik takkan lari utk berjuang habis-habisan) sehinggakan Khalid menghalangnya kerana yakin yg kematian dia akan memberi impak kpd perjuangan Islam. Ikrimah berkata, sudah banyak kejahatan yg dia buat dulu utk halang Islam, jadi, masatu dia nak ambil peluang utk bantu nabi sehabisnya untuk Islam. Kata sahabat, Ikrimah telah tewas di medan perang dengan 72 kesan tetakan, panahan dan luka ditubuhnya. Moga Allah merahmatinya.
Hijrah bukan semata-mata perpindahan tempat, tp juga perubahan tindkn menuju keredhaan Allah. Setiap insan berpeluang utk berubah, walau sebesar mana dosanya pada masa lalu. Kisah Ikrimah bin Abu Jahal membuktikan bahawa walaupun dahulu beliau menentang Nabi dan Islam, namun setelah berhijrah kepada Allah, beliau menjadi antara sahabat yang paling setia berjuang di jalan Allah hingga syahid.
Hijrah bkn semata-mata perpindahan tmpt, tapi ia adalah perubahan hati dan amal, menuju redha Allah. Kisah Ikrimah bin Abu Jahal membuktikan bhw walaupun dulu dia lawan Nabi, akhirnya dia menjadi antara pejuang Islam paling hebat dan sanggup mati mempertahnkan Islam.
Jadi, jangan cepat menghukum orang lain hanya kerana masa silam mereka. Mungkin sekarang kita nampak dia berdosa, tapi malam tadi dia dah sujud dan menangis pada Allah. Bila dia dah taubat, urusan dia dgn Allah dah settle tapi urusan kita dengan dia pula macam mana? 3
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments