Langit tak selalunya cerah, ada masa mendung, ada masa hujan, ada masa ribut, tapi yang pasti semuanya ada hikmah yang tersendiri. Dan macam tu juga perjalanan dakwah …
Macam biasa, setiap bulan yayasan akan buat Street Dakwah di sekitar Kuantan. Bukan nak convert org, cuma nak buat sedikit sharing. Ada masa kita diterima, ada masa kita ditolak. Bulan ni, street dakwah bertempat di Tasek KotaSAS, sengaja nak cuba tempat baru, tapi cuba punya cuba semua tak berjaya. Then kita berehat kejap, buat content then sambung balik. Resultnya? Masih sama. So, keesokkan harinya kita tukar tempat, buat di Taman Gelora. Klu skdr edar pamphlet orang ambil, tapi bila approach nak buat sharing dan content masih tiada kesempatan. Tapi takpe, since alang2 dah di sana kita buat content sendiri je lah aha.
Kita beruntung hidup di zaman ni, kalau org taknak terima paling takpun akan ditolak cara baik. Jauh beza dengan apa yang Nabi dan sahabat hadapi. Di Taif, Nabi dilempar batu sampai berdarah, dipulaukan oleh kaum Quraisy selama bertahun-tahun, dituduh gila, ditertawakan, dihina di hadapan orv ramai. Sahabat Nabi pun diseksa, ada yang dibunuh, ada yang diikat dan didera di padang pasir panas. Walaupun begitu, Nabi tetap sabar, tetap doakan kebaikan utk mereka yang menentang. Baginda terus sampaikan dakwah dengan penuh kasih, walau dibalas kebencian.
Sebab itu kami teruskan. Dakwah bukan soal diterima atau tidak, tapi soal usaha, soal sabar, soal menyerahkan hasil pada Allah. Benih kebaikan yang ditabur hari ini, mungkin berbuah bertahun akan datang. Pernah terfikir tak, kalaulah dulu nabi putus asa, mungkin kita tak merasa nikmat Islam harini, kan? Kita bukan pendakwah/ustaz/ustaza, tapi kita cuba sbb tanggungjawan dakwah ni milik semua.
Kami yakin, semua ni ada hikmah. Ada smtg Allah nak ajar. Skdr berkongsi di sini, mungkin korg juga ada pengalaman yg sama. Moga terus kuat dan tak putus asa nak cuba sebar dakwah. Kita cuba, selebihnya biar Allah yg nilai.
Coretan Street Dakwah, Jun 2025
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments