By maisarah on Monday, 22 September 2025
Category: Programs

The Light of ad-Dhuha

Pada pertengahan Ogos lalu, seorang ahli jawatankuasa Al-Jaafar Centre telah dihubungi oleh Puan Kimi. Katanya, beliau berhajat nak buat satu program khas di centre bagi menyantuni anak-anak yatim dan asnaf. Idea itu kami sambut dengan hati terbuka dan alhamdulillah, Allah permudahkan hingga akhirnya program "The Light ad-Dhuha" berjaya dilaksanakan dengan penuh ketenangan.

Hampir 150 anak-anak dari pusat jagaan yatim dan asnaf sekitar Kuantan dan Pekan hadir. Walaupun jumlahnya ramai, suasana dari awal hingga akhir terasa tenang.

Program dimulakan dengan sesi pengenalan dan ice breaking bersama En. Saiful. Aktiviti santai ini buat adik-adik lebih selesa, lebih berani nak berinteraksi dan ready untuk sesi tadabbur yang menjadi highlight program hari tu.

Tadabbur Surah ad-Dhuha – surah memujuk hati

Masuk ke slot utama, Ustazah Hazimin mengambil alih. Dengan bahasa yang ringkas, mudah difahami dan dekat dengan jiwa anak-anak, beliau membawa semua menyelami Surah ad-Dhuha.

Kenapa Surah ad-Dhuha yang dipilih?
Jawapannya mudah, sebab semua org tak kira usia, ada mslah masing2 dan surah ni mmg Allah turunkan utk pujuk hati manusia. 

Surah ad-Dhuha kelihatan pendek, hanya 11 ayat. Tapi setiap bait ayatnya sarat makna:

Surah ini turun ketika Nabi Muhammad SAW melalui fasa kesedihan. Selepas wafatnya Khadijah RA dan Abu Talib, baginda kehilangan dua insan paling dicintai yang selalu jadi tempat sandaran. Ditambah pula dengan ejekan orang Quraisy yang mendakwa Allah "tinggalkan" Nabi kerana wahyu tidak turun buat sementara waktu. Dalam saat yang sangat perit itulah, Allah turunkan ayat pertama surah ini:

"Demi waktu dhuha dan demi malam apabila ia sunyi..."
Seakan-akan Allah sendiri yang memujuk dan mengusap hati Nabi: "Aku tidak tinggalkan kamu, Muhammad. Aku tetap bersama kamu."

Ustazah Hazimin tekankan bahawa mesej ini bukan hanya untuk Rasulullah SAW, tapi juga untuk kita semua. Saat kita rasa down, saat doa lambat dimakbulkan, atau saat kita rasa keseorangan ingatlah, Allah tidak pernah meninggalkan kita.

Sesi tadabbur ini bukan sekadar ceramah sehala. Ustazah buat komunikasi dua hala, selitkan kuiz dan bagi hadiah kecil. Anak-anak jadi lebih fokus, semangat dan seronok untuk belajar.

9:00 am
Pendaftaran dan Ice Breaking
9:30 am
Sesi 1 : Tadabbur bersama Ustazah Hazimin (Surah ad-Dhuha) 

Rehat
11:00 am 
​Sesi 2 : Tadabbur bersama Ustazah Hazimin (Kisah Kehidpan Nabi)
12:30 Tengah hariPenutup, sesi bergambar, jamuan makan dan bersurai

Selepas rehat sekejap, Ustazah sambung dengan cerita tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW. Bagaimana baginda membesar sebagai seorang yatim, kehilangan ayah sebelum lahir, ibu ketika kecil, kemudian datuk dan seterusnya bapa saudara serta isteri tercinta.

Baginda tahu betul rasa sunyi dan kehilangan, tapi daripada situ kita belajar: Allah mendidik Nabi sejak kecil untuk bergantung sepenuhnya kepada-Nya. Inilah tarbiah yang menjadikan baginda seorang insan yang sabar, tabah dan penuh kasih kepada orang lain terutamanya anak-anak yatim.

Anak-anak yang hadir hari itu, ramai antara mereka juga yatim dan asnaf. Bila dengar kisah ini, jelas terpancar rasa dekat mereka dapat relate dengan perasaan Nabi. Dari situ, lahirlah satu bentuk hiburan hati. kalau Nabi yang mulia juga diuji dengan kehilangan, apatah lagi kita. Tapi Allah selalu ada untuk memujuk hati kita.

Program ditutup dengan sesi bergambar dan menjamu selera. Berkat usaha Puan Kimi yang bertungkus-lumus mencari sumbangan, hidangan yang disediakan memang luar biasa, ada ayam golek, mi pasar malam, air kopi café, air buah-buahan, ice cream, kuih2, dessert dan banyak lagi. Anak-anak bukan sekadar kenyang, tapi terasa diraikan. 

Dan di tengah suasana jamuan itu, ada satu momen kecil tapi sangat menyentuh hati. Seorang adik, mungkin dalam lingkungan 6–7 tahun, datang menghampiri Ustazah Hazimin. Tanpa kata apa-apa, dia hanya datang… untuk memeluk. Lama. Seolah-olah nak luah semua rasa yang tak terucap dengan kata-kata.

Hati anak-anak ini sebenarnya sangat lembut dan penuh rasa. Jiwa mereka cepat tersentuh bila menerima kasih sayang dan perhatian. Momen kecil seperti pelukan ikhlas tanpa kata-kata tadi mengingatkan kita bahawa kadang-kadang apa yang mereka perlukan hanyalah sedikit sentuhan jiwa untuk rasa disayangi.​

Alhamdulillah, dari awal sampai akhir, program ini berjalan lancar dan tenang. Lebih dari sekadar jamuan atau aktiviti, ia jadi ruang healing, ruang ilmu, dan ruang kasih sayang. Semoga tadabbur Surah ad-Dhuha ini terus jadi cahaya yang menguatkan hati anak-anak yatim dan asnaf, dan juga hati kita semua.

Kerana benar, dalam setiap "malam yang sunyi" pasti ada "dhuha" yang akan kembali bersinar. 

Leave Comments