By maisarah on Monday, 15 June 2026
Category: Programs

Tadabbur Surah Baqarah ayat 67

​Dulu, ada peristiwa pembunuhan yang berlaku dalam kalangan Bani Israel. Untuk cari kebenaran, mereka datang jumpa Nabi Musa AS utk minta tlg sbb yakin nabi bijak dan takkan menipu. Nabi Musa sampaikan satu arahan "Sesungguhnya Allah perintahkan supaya menyembelih seekor lembu." Nabi Musa tak kata pergi sembelih lembu secara direct, tapi mendahulukan nama Allah. Ni bukan sekadar gaya bahasa, tapi satu tarbiah iman supaya manusia sedar bhw setiap arahan itu datang daripada Allah, bukan sekadar arahan manusia.

Kalau kita sambung kisah ini, Bani Israel tidak terus taat. Mereka banyak bertanya: lembu apa?, warna apa?, umur brp? sehingga akhirnya perkara yang mudah jadi semakin rumit. Dalam istilah tafsir, ini termasuk dalam kisah israiliyyat yang menggambarkan bagaimana sikap suka mempersoalkan boleh menyulitkan sesuatu yang asalnya mudah.

Kalau kita tgk pada diri hari ini, kadang-kadang kita pun sama. Bila ajar anak solat, kita hanya cakap "pergi solat". Kita jarang sebut "jom solat, sebab Allah yang suruh". Bila remind tu dari Allah act impaknya akan lain. Anak2 akan buat sbb Allah dan bukan buat sbb arahan dari ibu ayah semata. Akan tetapi bila dia tak terus buat, maknanya dia belum betul2 kenal Allah.

Bila seseorang betul-betul kenal Allah, dia tak hanya tahu ini arahan, tapi dia rasa yang ni datang daripada Tuhan aku yang Maha Tahu, Maha Bijaksana. Contohnya, kalau kita percaya doktor tu pakar, kita akan ikut nasihat dia walaupun tak faham sepenuhnya. Apatah lagi bila yang memberi arahan itu Allah.

Sama juga dalam parenting atau dakwah. Bila kita ajar anak atau orang sekeliling, kalau kita sekadar cakap "buat ini, buat itu", ia jadi arahan biasa. Tapi bila kita hidupkan konsep "Allah yang suruh", perlahan-lahan hati akan belajar yang sedar yang kita kena buat ni bukan sebab arahan dari manusia biasa tapi dari Allah yang menciptakan kita. Banyak benda yang Dia dah bagi kat kita takkan kita hanya pandai berterima kasih dekat manusia dan bukan dekat Tuhan kita. Cara nak terima kasih dekat Tuhan adalah dengan beribadah kepada-Nya.

Jadi, pengajaran ayat ini bukan sekadar cerita lembu walaupun Surah Al-Baqarah ini namanya lembu. Kisah lembu itu sendiri sebenarnya hanya disebut dalam beberapa ayat sahaja, tetapi Allah sengaja pilih untuk jadikan ia satu "case study" tentang hati manusia. Bukan lembu yang jadi fokus utama, tapi respon manusia terhadap arahan Allah.

Sebab itu dalam kisah ini, Allah tunjuk satu pattern yang sangat jelas. Bila hati tak yakin, arahan yang simple jadi rumit. Bila iman lemah, banyak soalan akan muncul bukan untuk memahami, tapi untuk menangguh ketaatan. Akhirnya, apa yang asalnya mudah, jadi beban yg kita cipta sendiri.

Kalau kita tengok realiti hari ini, situasinya masih sama. Kita tahu banyak perkara itu perintah Allah, tapi hati selalu minta penjelasan tambahan untuk sesuatu yang sebenarnya sudah jelas. Contohnya solat, jujur, menjaga pandangan, semua itu kita tahu tapi kadang-kadang yang menghalang bukan ilmu, tapi hati yang belum betul-betul yakin dengan Allah.

Di sinilah letaknya term kenal Allah. Kenal Allah bukan sekadar tahu nama-nama-Nya atau boleh sebut sifat-Nya, tapi benar-benar yakin bahawa Dia Maha Bijaksana dalam setiap arahan. Bila Allah suruh sesuatu, wlupun kita belum nampak hikmah sepenuhnya, kita tetap percaya bahawa itu yang terbaik untuk kita.

Jadi, kisah lembu dalam Surah Al-Baqarah sebenarnya sedang mendidik satu perkara besar. Iman akan melahirkan ketaatan, bukan perdebatan. Bila hati sudah sampai tahap kenal Allah, kita tidak lagi terperangkap dalam banyak pertanyaan, alasan dan pertangguhan.


Tazkirah disampaikan oleh Encik Abdul Azim bin Marzuki di Surau Dayang Diot Sungai Lembing

​Bersama komuniti Sungai Lembing

Leave Comments