By maisarah on Monday, 19 May 2025
Category: Programs

Peluang Kedua

Lepas agih makanan dekat bawah, penulis berpeluang berborak dgn beberapa staff DIC (Drug Intervention Centre) di sini. Mula borak kejap je konon, sekali syok sangat sembang sampai tak perasan ada orang tunggu panggil balik office hahaha. Tapi serius, the convo was worth it.

DIC ni mcm NGO yang serve as one stop centre utk klien dorang. Setiap hari, yes, every single day dorang masak utk klien. Bukan setakat bagi makan, tapi juga, sokongan emosi, bimbingan... basically tempat untuk rehat & rebuild hidup. Tapi mcm mana nak sustain semua ni? That's the struggle most NGOs face and DIC is no exception. Hebat kan pihak pengurusan mereka.. Sataff sana bgtau, sejak 2020 sampai skrg tak putus2 lagi sediakan makanan utk klien mereka setiap hari. Dorang usaha cari dana, collaborate dengan macam-macam pihak, all for one thing, iaitu untuk pastikan klien dapat peluang kedua dalam hidup. Hebat sangat bila kita tengok orang kerja bukan sebab gaji semata, tapi sebab dia tahu kerja tu mungkin jadi sebab seseorang berubah dan hidup balik.

Penulis pun baru tahu, DIC ni ada banyak jenis, some utk lelaki, some utk perempuan, some khas utk anak-anak yang terkesan. Yg buat penulis truly impressed, ramai staff kat sini actually ex-klien. Dorang pernah berada kat tempat tu, pernah jatuh, pernah hilang arah. Tapi sekarang? Dorang bukan je dah bangkit, tapi bantu orang lain pula. From survivor to supporter. Diuaorang ni lebih faham dan lebih ikhlas membantu. That is real growth. Bila kita pernah rasa sakit, kita lebih faham macam mana nak rawat orang lain. And that's beautiful.

Allah janji dalam Quran:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd: 11)

Dan kat sini penulis nampak ayat tu live in action.

Bila borak dgn dorang, penulis terfikir yg dunia ni memang perlukan lebih ramai yang bagi peluang kedua. Not everyone perlu dihukum selamanya. Sometimes, all a person needs is someone yang percaya dia masih ada harapan. Healing takes a village dan DIC ni salah satu tempat yang jadi kampung tu.

So yeah, kali penulis pergi ke sana bukan stkt hantar dan agih tapi dgn hati yang Kagum. Tersentuh. Inspired. Kadang kita fikir kita yang datang nak tolong, rupanya kita yang dapat lebih banyak pelajaran dari mereka. Kalau ada peluang, jom terus support tmpt2 mcm DIC ni. 

Leave Comments