By maisarah on Monday, 03 February 2025
Category: Programs

LAMAN RAUDHAH: BILA MASJID JADI TUMPUAN ORANG RAMAI

Healing, tadabbur al-Quran, shopping, kuliah, tilawah, mencanting batik, pemeriksaan kesihatan… semua dalam satu event? Memang luar biasa!

​Tarikh 31 Jan 2025 - 2 Feb 2025
Tempat ​Perkarangan Parking Masjid Tepian Putra
AnjuranPasar Sera dan Masjid Tepian Putra

Dari 3 hingga 5 Februari 2025, Masjid Tepian Putra dan Pasar Sera berjaya menganjurkan Laman Raudhah, satu program unik yang membawa suasana pasar ke perkarangan masjid. Yayasan Kebajikan at-Tibyan (YKAT) tidak ketinggalan untuk turut serta membuka booth bagi memeriahkan suasana dan berkongsi gerak kerja kami dengan para pengunjung.

Kuantan memang terkenal dengan pelbagai event menarik, tapi kali ini masjid sendiri yang bawa event terus ke perkarangan parking masjid! Matlamatnya? Mengimarahkan masjid dan menggalakkan orang ramai menyumbang bagi pembangunan masjid—sambil bersantai, sambil beramal.

💰 Shopping & Sumbangan Masjid – Dapat Umrah PERCUMA?

Penganjur bijak tarik perhatian pengunjung dengan menyediakan kad cop istimewa. Apa kelebihannya?

✅ 3 cop perlu dikumpul dengan membeli makanan dari kedai berbeza.
✅ 1 cop terakhir hanya perlu menderma minimum RM10 ke tabung masjid.
✅ Cukup 4 cop, layak masuk cabutan bertuah dengan hadiah utama PAKEJ UMRAH TAJAAN FAQIH TRAVEL!

Sambil membeli, sambil bersedekah dan kalau ada rezeki, boleh jejak kaki ke tanah suci! Bukan calang-calang hadiah kali ini!

​🕌 HARI PERTAMA – SOLAT, SHOPPING & KULIAH


Program bermula selepas solat Jumaat dengan suasana penuh meriah. Para jemaah yang ramai terus disambut dengan pilihan gerai makanan yang menggoda selera.

Malamnya, suasana berubah menjadi lebih tenang dengan kuliah Maghrib oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YB Prof Dato' Dr. Asmadi Mohamed Naim. YH Prof dan Dato' Ahmadi Irsyadi sempat singgah ke booth YKAT. Jadi, kami ada share serba sedikit mengenai gerak kerja yayasan. Kami turut perkenalkan barisan Ahli Lembaga Pengarah (ALP YKAT) yang menjadi tunjang ketahanan YKAT. Kata Dato' "Patutla program hebat, sebab ada orang-orang yang hebat yang buat kerja-kerja hebat ini" Doakan kami ya supaya kami terus bersemangat membawa manfaat yang lebih besar untuk ummah.

🌸 HARI KEDUA – GIRLS HEALING & WORKSHOP KHAT
Sabtu penuh dengan aktiviti menarik:

💖 Girls Healing Session – Healing yang bermanfaat! Sesi santai tadabbur ayat al-Quran bersama Ustazah Syahida anjuran Sahabat Tadabbur Kuantan.

🖋️ Workshop Khat oleh Tinta Emas – Pengunjung bukan sekadar belajar asas seni khat, malah boleh menempah hiasan nama dalam pelbagai gaya kaligrafi yang cantik.

🌙 Tilawah & Podcast – Malamnya, tilawah al-Quran oleh Saudara Ahmad Yaser, bekas peserta tilawah antarabangsa dan lepasan Universiti al-Azhar. Ada juga podcast santai bersama Pasar Sera & Ahmad Yaser, yang menarik ramai pengunjung. Min pun baru tahu, tilawah bukan hanya terhad kepada orang yang ada bakat dan suara sedap saja, tapi boleh dilatih kalau ada minat!

🌅 HARI TERAKHIR – SARAPAN PAGI DI LAMAN RAUDHAH

✨ Uniknya, booth dibuka seawal 7 pagi selepas solat Subuh berjemaah.

🌄 Kuliah Subuh oleh Qadi Daerah Kuantan, Al-Fadhil Tuan Haji Syarifuddin bin Mohamad Sa'ad menambahkan keberkatan pagi itu, diikuti dengan sesi sarapan santai bersama jemaah subuh dan Qadi di Laman Raudhah.

🌍 MASJID BUKAN SEKADAR TEMPAT IBADAH

Program seperti ini membuktikan bahawa masjid bukan hanya untuk solat, tetapi juga sebagai pusat aktiviti komuniti. Min sendiri teruja bila nampak beberapa non-Muslim hadir ke event ini, dengan penuh rasa hormat—ada yang menutup rambut dengan hoodie dan cap. MashaAllah, ini baru namanya masjid yang benar-benar terbuka untuk semua!

Sejarah Islam membuktikan bahawa masjid bukan hanya tempat ibadah tetapi juga pusat pembelajaran, tempat berkumpul masyarakat, dan lokasi untuk berinteraksi dan santai. Program sebegini membuktikan bahawa fungsi asal masjid sebagai pusat kehidupan masyarakat masih relevan dan perlu terus diperluaskan.

Alhamdulillah, Laman Raudhah bukan sekadar event biasa, tapi satu usaha menghidupkan semula peranan masjid dalam masyarakat. Semoga program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang! Tahniah Team Pasar Sera dan Masjid Tepian Putra atas kejayaan program yang luar biasa ini !
Leave Comments