YKAT Blog
Gempa Bumi Turki-Syria: Yayasan At-Tibyan Teruskan Misi Kemanusiaan dengan berjaya kumpulkan Lebih RM44,000 untuk Mangsa
Yayasan Kebajikan At-Tibyan telah membuka sumbangan pada 20 Februari 2023 untuk menghantar bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turki. Hingga kini, hampir RM44,410 telah berjaya dikumpul dan pasukan wakil yayasan akan berangkat ke Turki pada 22 Februari 2023.
Kawasan yang akan dilawati oleh pasukan yayasan termasuklah Adana, Hatay, Gazientep, Osmaniye, dan Kahramanmaras. Ini adalah bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan.
Pegawai Kepala PBB bagi Koordinasi Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths, mengatakan jumlah kematian akibat gempa bumi ini kemungkinan akan "lebih dua kali ganda", dengan ramalan jumlah mangsa yang bakal meninggal dunia dalam puluhan ribu.
Griffiths, yang telah melawat ke wilayah Turki, Kahramanmaraş pada Sabtu lalu, menjelaskan bahawa gempa bumi ini merupakan "peristiwa terburuk dalam 100 tahun di kawasan ini".
Jumlah kematian dari gempa bumi pada hari Isnin lalu kini telah melebihi 25,000 orang, termasuk 21,848 di Turki dan 3,553 di Syria. Oleh itu, sumbangan dari seluruh dunia sangat penting bagi mangsa-mangsa yang masih memerlukan bantuan.
Lawati Landing Page di www.attibyan.org.my/misiturkey
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments