25 Oktober 2025 – Di pejabat Yayasan kami sempat buat satu catch up session kecil dengan komuniti yang pernah kami ziarah sebelum ni. Tak besar pun, tapi cukup untuk kumpul semula, makan sama-sama dan dengar sedikit perkongsian dari Bro Azim.
Suasana santai je. Ada yang kongsi kisah hidup, ada yang cerita pengalaman sejak kali terakhir jumpa. Kadang dari perbualan macam ni lah kita belajar, yang hidup ni sebenarnya memang a never-ending journey yg penuh berhenti, singgah dan sambung balik.
Kalau fikir balik, hidup ni macam kita tengah drive kereta. Kadang boleh terus meluncur laju, kadang kena berhenti sebab lampu merah. Ada masa juga enjin rasa berat, minyak nak habis atau tiba-tiba kereta buat hal. Bila jadi macam tu, rasa2 apa yg kita perlu buat? Kita kena berhenti kejap, buka bonet, check apa yang tak kena. Kalau tak tahu, mesti rujuk manual kan?
Sama juga dengan hidup. Allah dah bagi "manual" untuk manusia bukan dalam bentuk buku panduan kereta, tapi al-Quran. Manual ni lengkap, dari cara nak tenang sampai cara nak hadapi ujian. Tapi persoalannya, kita betul-betul baca tak manual tu? Atau kita biar je berhabuk dekat rak?
Allah dah sebut dalam Surah Taha ayat 123-124:
Barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan bangkitkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Bila jauh dari al-Quran, hidup memang rasa sempit bukan sebab rezeki tak cukup, tapi sebab hati tak tenang. Kadang semua nampak ada, tapi jiwa kosong. Sebab kita hilang arah macam kereta yang jalan tanpa GPS, berpusing-pusing tapi tak sampai destinasi.
Ramai antara kita rasa cukup bila boleh baca al-Quran dengan lancar. Tapi hakikatnya, Quran bukan sekadar untuk dibaca. Ia untuk difahami, dihayati dan diamalkan.
Macam manual tadi tak guna kalau tahu baca tapi tak ikut langkah-langkahnya. Bila kita baca al-Quran tapi tak faham maksudnya, kita tahu huruf tapi tak tahu arah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya."
(Riwayat al-Bukhari)
Maknanya, al-Quran bukan sekadar ibadah bacaan, tapi juga sumber ilmu dan panduan hidup.
Kadang bila hidup terasa berat, mungkin bukan sebab ujian luar, tapi sebab hati perlukan servis. Sama macam kereta yang dah lama tak tukar minyak enjin, makin lama makin semput. Hati pun sama, bila lama tak diisi dengan zikir, doa, dan bacaan al-Quran, mula rasa sesak dan tak tentu arah.
Mungkin sekarang masa untuk kita berhenti sekejap. Buka "manual" semula. Baca balik apa yang Allah dah tulis untuk kita. Sebab Allah tak pernah cipta satu pun perkara tanpa tujuan termasuk diri kita sendiri.
Sesi kali ni bukan sekadar makan-makan, tapi juga ruang untuk muhasabah dan saling menguatkan. Di akhir majlis, kami sempat agihkan sedikit barangan asas kepada komuniti yang hadir. Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang terus istiqamah bersama yayasan.
Semoga setiap senyum dan setiap usaha kecil ni jadi asbab Allah redha. Hidup ni perjalanan panjang tapi bila pandu ikut manual Allah, inshaAllah walau jalannya berliku, akhirnya tetap sampai ke destinasi yang betul.
Sesi Sharing Santai bersama Bro Azim
Makan-makan
Agihan Bantuan Asas