Bila masuk je bulan September, cuti penggal sekolah pun bermula. Sepanjang cuti ni, dah 2 program kita buat (Bloom Beyond & Tadabbur bersama anak-anak asnaf dan yatim), alhamdulillah dua-dua berjalan lancar. Seterusnya, on 17 September 2025 (Rabu), Al-Jaafar Centre dengan kerjasama Yayasan Kebajikan at-Tibyan berjaya anjurkan Beads Workshop.
Plan asal nak buka untuk 20 peserta je, tapi rupa-rupanya sambutan luar biasa, hampir 30 orang hadir! Yang nak join last minute pun ramai tapi kita terpaksa tutup penyertaan sebab dah penuh.
Program ni simple je, around 2 jam. Kita start dengan warm up & energizer, kasi semua orang mood happy dulu. Then, sesi kenal-kenal. Setiap peserta introduce diri in their own style. Dari situ, terus nampak mereka mula selesa, mula berbual, mula berkawan.
Lepas tu barulah kita masuk sesi kenal bahan beads & apa je boleh buat dengan dia. Ada video tayangan, ada demo depan, semua boleh pilih nak try projek apa. Asalnya slot ni kita khususkan untuk girls je, tapi surprise! Boys pun excited nak join.
So kita pecahkan:
- Girls buat bracelet & accessories (rantai, cincin, bookmark)
- Boys pula buat tasbih
Sebenarnya, beads workshop ni bukan sekadar aktiviti pasang beads je. Banyak benda yang adik-adik dapat belajar sepanjang sesi ni. Dari segi creativity, mereka fikir sendiri design, cuba matching warna dan pattern ikut citarasa masing-masing. Dalam masa yang sama, mereka dapat latih fine motor skills sebab kena fokus threading beads yang kecil-kecil tu.
Selain tu, ada juga nilai teamwork & sharing bila mereka saling tolong kawan yang susah nak ikat tali atau pilih warna. Bila hasil siap, terus nampak confidence mereka bangga tunjuk kat kawan dan kakak2 fasilitator. Tak lupa juga, workshop ni ajar tentang patience sebab kalau tak sabar, memang cepat give up bila beads kecik terjatuh atau salah masuk.
Alhamdulillah, nampak jelas setiap adik-adik balik bukan je bawa hasil craft, tapi juga bawa pengalaman & skills baru yang boleh guna dalam kehidupan harian.
Lepas slot pertama, kita break kejap with kuih-muih & drinks. Then sambung slot kedua untuk buat chain yg boleh gantung kat bag, pencil case atau jadi phone chain. Semua happy, siap ada yang minta sambung masa sebab seronok sangat.
Overall, walaupun 2 jam je, vibes dia memang beyond expectation. Kids bukan je balik dengan hasil craft masing-masing, tapi juga dengan new friends, new skills, and happy memories. Cuti sekolah makin meaningful bila diisi dengan aktiviti macam ni. 'Ala kulli hal, alhamdulilah.
Energizer & Slot Pengenalan
Kita mula dengan simple energizer dulu bagi ice breaking sikit, kasi semua warm up & selesa nak join.
Slot 1 : Bracelet & Tasbih
Slot pertama ni memang paling excited! Girls sibuk design bracelet ikut warna kesukaan, boys pulak khusyuk susun beads untuk buat tasbih. Masing-masing fokus nak hasil jadi lawa & kemas.
Slot 2 : Chain & Freestyle
Slot kedua, kita buat chain untuk gantung kat bag, pencil case & phone. Kat sini memang unleash creativity betul–betul, ada yang buat comel, ada yang buat unik ikut gaya sendiri.
Memang best tengok setiap hasil ada identiti masing-masing.