Slime & Shine Workshop-Penutup Cuti Sekolah yang Fun & Bermanfaat
Sebagai penutup cuti sekolah kali ni, kita bawakan sesuatu yang memang tengah hype dalam kalangan kids iaitu buat slime! Walaupun nampak macam main-main, tapi sebenarnya banyak sangat benda yang boleh dipelajari daripada aktiviti ni.
Program berjalan selama 2 jam, dari 9:30 pagi hingga 11:30 pagi. Macam biasa, kita mula dengan sesi senaman ringkas untuk panaskan badan & buat adik-adik lebih bersemangat. Lepas tu baru masuk sesi utama: Slime Time!
Kenal Bahan & Panduan Main Slime
Sebelum mula eksperimen, kita perkenalkan dulu bahan asas slime spt glue, activator, sedikit pewarna dan paling penting, cara simpan & cara guna dengan betul. Ini penting supaya slime bukan sekadar seronok, tapi juga selamat. Risau juga mereka slah main dan blh memudaratkan
Slot Eksperimen Pertama: Basic Slime
Adik-adik mula dengan glue jernih (clear glue). Dari sini mereka belajar tentang sukatan berapa banyak glue & activator yang diperlukan untuk hasilkan tekstur slime yang perfect, tak terlalu cair & tak terlalu keras.
Suasana jadi kecoh bila setiap orang excited nak tunjuk hasil pertama mereka. Ada yang berjaya on the spot, ada juga yang kena adjust sikit-sikit. Tapi yang best, semua belajar konsep trial & error, iaitu satu benda penting dalam sains dan juga dalam hidup.
Lepas slot pertama, kita berhenti sekejap untuk makan kuih-muih. Terima kasih juga pada ibu bapa yang support & ada yang bawa makanan tambahan untuk dikongsi dengan anak-anak lain.Lepas slot pertama, kita berhenti sekejap untuk makan kuih-muih. Terima kasih juga pada ibu bapa yang support & ada yang bawa makanan tambahan untuk dikongsi dengan kawan2 yang lain.
Slot Kedua: Creative Slime
Slot terakhir, kita bagi peluang anak-anak unleash creativity dengan warna. Walaupun kita sediakan hanya 6 warna, hasilnya jadi macam-macam ahah, ada yang campur sampai dapat warna unik, ada juga yang cuba buat slime pelangi. Kat sini mereka belajar color mixing & art sense, sekaligus melatih kesabaran bila nak capai hasil yang cantik.
Ramai orang fikir slime ni cuma main-main, tapi hakikatnya banyak sangat benda yang anak-anak boleh belajar. Dari slime ni mereka sebenarnya sedang belajar sains asas faham tentang campuran, tekstur, dan reaksi bahan bila digabungkan. Dalam masa yang sama, mereka juga melatih motor halus dengan menggunakan jari dan tangan untuk menguli, menekan, dan menarik slime. Aktiviti ini juga merangsang kreativiti kerana mereka bebas untuk explore warna dan bentuk mengikut imaginasi sendiri. Selain itu, ia mendidik mereka tentang kesabaran dan fokus, sebab kalau nak hasil slime yang berjaya, mereka kena cuba, adjust dan ulang step step tertentu. Malah, semangat teamwork pun nampak bila ada yang tolong kawan bila adunan tak menjadi.
Alhamdulillah, program ini bukan sekadar penutup cuti sekolah dengan aktiviti fun, tapi lebih daripada itu ia jadi ruang anak-anak belajar sambil bermain. Slime mungkin nampak lembik dan kenyal, tapi nilai yang mereka dapat insyaAllah akan kekal melekat dalam diri mereka.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments