IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
4 minutes reading time (740 words)

Santai Jiwa: When Everything Needs You

WhatsApp-Image-2025-10-14-at-10.16.58-AM

11 Oktober 2025 - Alhamdulillah, pagi yang penuh tenang dan bermakna di Al-Jaafar Centre. Program Santai Jiwa: When Everything Needs You akhirnya berlangsung dengan jayanya. Dari awal pagi lagi, suasana dah terasa vibesnya. Tempat cantik sangat, siap ada backdrop macam pelamin. Cr to @mysurpriseparty. Semua peserta hadir dengan wajah penuh harapan, mungkin masing-masing datang dengan beban tersendiri tapi satu niat yang sama, nak cari ketenangan dan kekuatan baru. Sblm nak cerita pasal flow program, meh min share secara general ttg program :


Tarikh 11 Oktober 2025 
Tempat
Al-Jaafar Centre
Peserta
60 Orang

Tentatif Program : 

9:30 AM - 10:15 AM
Slot 1 : Puan Dilla Manshor
10:15 AM - 11:15 AM
Slot 2 : Dr Nadzirah Ahmad Basri
11:30 AM - 12:30 TH
Slot 3 : Ustazah Hazimin Abdul Hamid
12:30 TH - 1:00 PM
Slot Istimewa : Santai Bersama

Program bermula sekitar jam 8.45 pagi dengan bacaan doa pembuka majlis. Lepas tu, kita teruskan dengan slot pertama bersama Puan Dilla Manshor, founder Rayhanah Madu. Biasanya ramai kenal Puan Dilla sebagai usahawan madu yang berjaya, tapi kali ni, kita dengar sisi lain beliau, iaitu sisi yang lebih peribadi, lebih manusiawi.

Beliau bercerita tentang kisah hidupnya dari kecil, tentang jatuh bangun dalam bisnes, tentang cabaran jadi ibu dan ister sambil uruskan kerja. Tapi yang paling kerat ditekankan, bila Puan Dilla pesan, "Jangan sesekali tinggalkan Allah." Katanya, walau macam mana pun kita disayangi keluarga, walau serapat mana kita dengan kawan-kawan, mereka tak akan selalu ada setiap masa. Akhirnya yang betul-betul ada dengan kita hanyalah Allah. Dan Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau dalam apa keadaan sekalipun.

Pesannya simple, don't forget Allah, in happiness or sadness, in success or failure, because He never forgets you.


Lepas slot Puan Dilla, kita sambung dengan Dr Nadzirah, seorang pakar psikologi dari UIA. Slot ni pun best sangat sebab Dr banyak tekankan tentang self-empowerment. Macam mana wanita boleh jadi kuat tanpa hilang kelembutan. Dr bagi contoh keperibadian Saidatina Khadijah RA, wanita hebat yang berjaya seimbangkan peranan sebagai isteri, ibu dan ahli perniagaan. Dr pesan, kekuatan wanita bukan datang dari luaran, tapi dari hati yang yakin dan tahu arah hidupnya. 

Slot terakhir disampaikan oleh Ustazah Hazimin, penceramah bebas yang penuh dengan aura lembut tapi tegas. Ustazah kupas punca sebenar kenapa tekanan dan masalah dalam keluarga boleh berlaku. Katanya, kita umat Islam sebenarnya dah ada panduan lengkap dlm al-Quran. Tapi malangnya, ramai yang cuma kejar untuk khatam berkali-kali tanpa betul-betul faham makna dan isi yang Allah nak sampaikan.

"Kalau tak faham isi Quran, macam mana nak jadikan dia panduan hidup?" katanya


Ustazah juga ingatkan lima tanggungjawab utama kita terhadap al-Quran (baca, faham, amal, sampaikan, dan jadikan ia panduan dalam setiap keputusan hidup)

Sebelum majlis berakhir, peserta diberi satu tugasan oleh Puan Moderator, Puan Fazlin. Mereka perlu tulis "self letter", surat untuk diri sendiri. Surat ni kena hantar dalam form maklumbls sebelum jam 12 tengah malam hari yang sama. Simple sahaj, tapi sgt penting. bila kita tulis untuk diri sendiri, barulah kita betul-betul sedar apa yang kita rasa dan apa yang kita nak perbaiki.

Selain tu, setiap peserta juga diberi bunga tangan untuk dipakaikan kepada kawan sebelah sebagai simbol kasih dan sokongan. Masa tu, suasana jd penuh dgn emosi, min tak pandai la nak desc macm mana. Masing-masing senyum, ada yang sebak, ada yang ketawa malu2 sambil hulur bunga. Akhir sekali, semua peserta diminta peluk rakan di sebelah dan ucapkan kata semangat. Peluk tu bukan sekadar peluk sebab sebenarnya bila kita peluk seseorang dengan ikhlas, badan akan hasilkan hormon yang bantu tenangkan dan kurangkan tekanan.

Program diakhiri dengan doa penutup dan sesi bergambar ramai-ramai. Waktu tu, semua nampak gembira dan ringan. Macam beban yang dibawa pagi tadi perlahan-lahan hilang.

Semoga setiap yang hadir hari tu terus kuat melangkah. Kadang, kita cuma perlukan satu ruang untuk berhenti sekejap, tarik nafas dan ingat semula siapa yang selalu ada dengan kita, iaitu hanya Allah Azza Wajjalla.

Jumpa di next Santai Jiwa, inshaAllah. Byeeee.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Slime & Shine Workshop
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Wednesday, 15 October 2025