IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (471 words)

Ramadan Day 28: A Little Reflection

WhatsApp-Image-2026-03-19-at-3.24.23-PM

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk Ramadan ke-28. Rasa macam baru je dengar pengumuman hari Khamis puasa, tiba-tiba dah nak sampai penghujung. Honestly, Ramadan kali ni memang penuh dengan rasa, penat, bahagia, syukur semua ada.


Sepanjang Ramadan ni, banyak aktiviti yang sempat dijalankan. Dari sebelum Raamdan lagi dah start dengan program-program kebajikan spt ziarah asnaf, agihan bantuan, sampai ke persiapan iftar bersama komuniti. Setiap kali turun padang, jumpa orang-orang yang kuat walaupun diuji, memang buat hati ni rasa kecil. Kita ni kadang mengeluh benda kecil, tapi mereka tetap senyum even kita rasa kalau kita di tempat mereka, mungkin dah tak tertanggung.


Then, antara moment paling best mestilah sesi berbuka puasa. Ada yang formal macam iftar perdana dengan anak yatim, ada juga yang santai macam potluck dengan student. Masing-masing datang dengan effort sendiri, bawak makanan, makan sama-sama.

Selain tu, ada juga program masak bubur lambuk, kolaborasi dengan students dari PMDIUC dan UCYP yang first time buat community work. Seronok tengok semangat diorang. Walaupun penat, tapi semua happy. Tahun ni alhamdulillah kita dengan kerjasama Al-Jaafar Centre, JAKEL Kuantan dan Yayasan Kosma dapat menaja seramai 63 orang dari Pusat Jagaan Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darulsalam al-Mukhtar, Pekan, Pertubuhan Rumah Jagaan dan Kebajikan Abu Yazid Bustami Pekan, Pusat Jagaan Baitul Mukmin dan adik-adik dari kelaurga yang kurang berkemampuan dari Al-Jaafar Centre.

Dalam masa yang sama, rutin harian tetap berjalan. Kelas mengaji, kelas Arab, Kelas Sirah, sharing session, Street Dakwah dan aktiviti kecil-kecilan yang mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya sangat memberi kesan. Kadang bukan program besar pun, tapi consistency tu yang buat kita rasa hidup Ramadan tu.

Now dah di penghujung Ramadan, rasa macam tak cukup lagi. Banyak lagi nak improve, banyak lagi nak kejar. Especially 10 malam terakhir ni. Semua orang tengah cari peluang untuk grab something yang mungkin kita takkan jumpa lagi tahun depan.
Ramadan kalini ni mengajarkan min satu benda, kita sebenarnya mampu jadi lebih baik daripada yang kita sangka. Cuma kadang kita je yang underestimate diri sendiri.

Semoga apa yang kita buat sepanjang Ramadan ni, walaupun kecil, Allah terima. And semoga kita diberi peluang lagi untuk jumpa Ramadan akan datang, in a better version of ourselves. Last few days ni jom kita push sikit lagi.

Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya in Advance u guys.



Program Agihan Bantuan Asas Awal Ramadan dan Sambutan Aifilfitri 


Program STEM


Program Bubur Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

BANTUAN AIDILFITRI 2026
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Thursday, 19 March 2026