18 Mac 2026 - Alhamdulillah, suasana penuh keberkatan menyelubungi Al-Jaafar Center (AJC) di Kg. Anak Air baru-baru ini apabila PEMEKAR bersama AJC melaksanakan Program Pengagihan Bahan Mentah Hari Raya bagi membantu keluarga asnaf sekitar Kuantan. Program ini berjaya menjangkau 75 keluarga yang memerlukan, membawa kegembiraan dan senyuman pada mereka yang kurang berkemampuan menjelang Aidilfitri.
Setiap keluarga penerima menerima pakej bantuan berupa:
> Wang tunai RM100 – untuk membantu menampung keperluan asas Hari Raya.
> Seekor Ayam
> 2 peket daging – melengkapkan sajian hari raya mereka.
Majlis pengagihan ini disempurnakan oleh Dato' Sri Hj. Shafik Fauzan dan Dato' Sri Dr. Daeing Nasir, yang turut merasai sendiri kegembiraan para penerima. Kehadiran mereka bukan sahaja menambah kemeriahan, tetapi juga mengukuhkan rasa kasih sayang dan sokongan terhadap masyarakat yang memerlukan.
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Jaafar Centre kerana memberi kami peluang untuk turut serta dalam program ini. Pengalaman ini membuka mata dan hati kami tentang betapa pentingnya bantuan dan keprihatinan kepada golongan asnaf, lebih-lebih lagi menjelang bulan yang penuh keberkatan.
Program ini hanya berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu daripada para penginfak dan penyumbang. Jazakumullahu Khairan kepada semua yang telah menyumbang, sama ada dalam bentuk wang tunai, bahan mentah atau tenaga. Setiap sumbangan benar-benar memberikan impak kepada kehidupan keluarga asnaf, sekaligus menyemai semangat berbagi dan kasih sayang dalam masyarakat.
Bagi yang ingin turut serta menyalurkan infaq atau sumbangan, berikut maklumat akaun untuk disalurkan:
Pertubuhan Kebajikan Al-Jaafar (Al-Jaafar Center)
Maybank: 5560 9400 3710
Comments