IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (485 words)

Majlis Tautan Kasih: Kelas Pengajian AJC 2025

WhatsApp-Image-2025-08-18-at-1.00.06-P_20250818-050045_1

16 Ogos 2025 akan jadi tarikh yang manis untuk dikenang di Al-Jaafar Centre. Hari itu berlangsungnya Majlis Tautan Kasih, satu majlis sederhana tapi penuh makna, menghimpunkan ibu bapa/penjaga bersama anak-anak yang belajar mengaji di sini.

Sehari Sebelum Majlis

Menariknya, sebelum majlis bermula, anak-anak di Al-Jaafar Centre sempat menyaksikan sendiri proses sembelihan ayam yang dikendalikan oleh Ustaz Huzaifah untuk jamuan majlis esok. Masing-masing teruja! Ada yang kata, "tak pernah tengok sembelihan ayam, biasa tengok lembu dengan kambing masa raya korban je." Siap ada parents yang tunggu nak ambil anak, tapi anak-anak request taknak balik, nak tgkj proses sembelihan sampai siap dulu and parents pun layankan aje. Haha comel betul

Pengalaman ini bukan sekadar seronok, tapi jadi ilmu baru untuk mereka. Bukan semua anak ada peluang tengok sendiri bagaimana proses penyediaan makanan dijalankan ikut syariat.


Hari Majlis

Alhamdulillah, keesokan harinya majlis berjalan lancar dari pukul 9.30 pagi hingga hampir 1.00 tengah hari.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Aiman, salah seorang pelajar kelas mengaji Tahun 6. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Dato' Zulkifli, Pengerusi Al-Jaafar Centre merangkap Yayasan Kebajikan at-Tibyan dan juga ucapan daripada Ustaz Huzaifah.

Dato' sempat berkongsi latar belakang penubuhan centre ini. Ramai parents yang baru tahu tentang perjalanan dan tujuan centre. Antara harapan beliau adalah untuk bantu lebih ramai keluarga kurang berkemampuan supaya anak-anak mereka juga dapat peluang belajar mengaji, sama seperti anak-anak lain. Besar cita-cita, murni sungguh hasrat itu. 

Part yang paling menceriakan majlis semestinya persembahan daripada anak-anak. Macam-macam ragam, macam-macam gaya ye yang ada. Ada yang malu-malu, ada yang confident, ada yang buat semua orang ketawa.

Suasana majlis bukan sekadar tentang jamuan atau persembahan. Tapi lebih kepada ikatan hati. Dari anak-anak hingga ibu bapa, dari ustaz hingga volunteers, semuanya nampak gembira, alhamdulillah.

Majlis macam ni bagi peluang untuk parents & pihak centre bertemu muka, saling kenal lebih dekat, saling bertukar cerita. Ada parents yang kongsi betapa sukarnya nak besarkan anak di zaman sekarang. Tekanan ekonomi, cabaran sosial, banyak betul dugaan. Tapi insyaAllah, setiap usaha dan pengorbanan mereka ada ganjaran pahala di sisi Allah.

Majlis ini takkan jadi tanpa kerjasama ramai pihak. Dari penyumban, ustaz yang sabar mendidik, para pentadbir yang mengurus, sehinggalah volunteers yang rajin turun bantu menjayakan majlis.

Alhamdulillah, Majlis Tautan Kasih bukan sekadar sebuah majlis. Ia jadi ruang untuk kita sedar bhw dakwah dan tarbiyah anak-anak ni bukan tanggungjawab individu, tapi tanggungjawab kita bersama. Moga berjumpa lagi utk majlis yang seterusnya. Assalamualaikum wbt. 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Berhati-hati Dengan Musuh Dalam Rumah
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Friday, 22 August 2025