IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (502 words)

Coretan Street Dakwah Bulanan (Julai 2025)

"We do believe in Allah…"

Itu antara ayat yang keluar dari mulut seorang aunty beragama Buddhism yang kami temui masa sesi Street Dakwah. Aunty ni quite active dalam ajaran agama dia, siap selalu share dengan orang pasal kepercayaan dia. Katanya, "Semua agama sama je sebenarnya, cuma kita pilih mana yang kita suka."

Min pun tanya balik,
"Kalau semua agama sama, kenapa setiap agama ada Tuhan yang berbeza? Ada banyak nama, ada banyak rupa, ada banyak kisah."Katanya lagi, "Tuhan tu satu, cuma ada banyak nama. Dalam kepercayaan mereka, Tuhan tu ramai sebab ada 'keluarga Tuhan'. Tapi agak complicated nak explain."

Lepas tu kami cuba explain sikit pasal tauhid dalam Islam yg Tuhan yg kami percaya ada satu je. Tak beranak, tak diperanakkan. Tak ada keluarga dan tak perlukan sesiafa. Dia sendiri sbb berkuasa.  

Firman Allah:

"Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah tempat bergantung segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya." (Surah al-Ikhlas)

Kita cuba tanya aunty tu, kalau la betul Tuhan tu satu dan sempurna, kenapa perlukan keluarga, kan? Kenapa ada peranan yang terpisah-pisah? Dia senyum, tapi belum ada jawapan kemudian pindah ke topik lain. Banyak juga yang dibualkan. Kita ada bincang ttg kelahiran semula yg mereka percaya (manusia akan hidup semula dalam bentuk lain mcm pokok, haiwan dll) berdasarkan karma yg mana org baik akan dilahirkan smula dalam keadaan baik dan jahat akan dilahirkan semula dalam keadaan yang tak baik.

Aunty banyak kali ulang pesan utk sentiasa memberi (sedekah) dan bantu org. Kita kata dalam Islam pun suruh begitu sebab dalam islam ada satu teori pelik yg kita percaya. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yg kita akan dapat. Tapi dapat disini bukan sekadar harta, tapi jugaj benda lain mcm kesihatan, keluarga yg bahagia, kawan2 yg baik dan sebagainya. Selaintu, kita juga bincang ttg kebebasan pilih agama dan kerja yang kita tgh buat masa ni iaitu sebarkan dakwah.

Kata aunty, dia dulu pun buat kerja preach ni dan dia selalu sedih sebab org susah nak terima apa yang agama mereka sampaikan, tapi satu hari dia ada baca kitabnya yg kata kita usaha sahaja, selebihnya terpulang org nak terima atau tak.

Kita kata, sama juga mcm kita, nak buat dakwah ni sejujurnya bukan satu benda yg mudah. Selain takut penerimaan/tanggapan org, kita jugak berlawan dgn diri sendiri utk yakinkan diri ke lapangan. Tapi apa Allah kata? Sebarkan selebihnya terserah sebab hidayah tu hanya Allah yg boleh bagi.

Surah al-Qasas, ayat 56

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَآءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ

Maksudnya: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Utk pembaca kita yang rasa nak turun kelapangan jugak, boleh follow rapat kita. Kita di yayasan jadikan street dakwah ni sbg aktiviti bulanan. Kalau tak pandai, no worries, kita guide slow2, sbb kami juga pun masih lagi belajar nak buat dakwah ni.

Coretan Street Dakwah Bulanan (Julai 2025) 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Jangan Meminta! Doa dalam keadaan memerlukan.
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Thursday, 31 July 2025