Ada satu doa yang nabi selalu amal. Doanya berbunyi: 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak pernah puas dan doa yang tidak didengari

Perhatikan doa ini.

Nabi SAW tidak hanya minta perlindungan daripada perkara yang kita biasa takut seperti kemiskinan atau gangguan syaitan. Tetapi Baginda juga meminta perlindungan daripada sesuatu yang nampak baik pada zahirnya iaitu ilmu.

Kenapa? Kerana ilmu yang tidak membawa seseorang dekat kepada Allah boleh menjadi satu kerugian.

Tak menjadi keslaahan pun kalau kita banyak belajar, bahkan mencari ilmu adalah perkara yang sangat mulia. Tetapi yang perlu kita risau ialah apabila ilmu hanya bertambah di kepala, sedangkan amal masih tidak berubah. 

Bila fikir balik, kita mungkin rasa pelik. Kenapa ilmu pun Nabi minta perlindungan daripadanya?
Sebab bukan semua ilmu yang kita tahu akan memberi manfaat kepada kita. Ada ilmu yang hanya berhenti di kepala, tetapi tidak turun menjadi amal. Kita belajar tentang sabar, tapi bila diuji kita tetap melenting. Kita belajar tentang solat, tapi masih berat nak menjaga solat. Kita belajar tentang tawakal, tapi hati tetap penuh dengan kebimbangan. Kita tahu apa yang betul, tetapi kita masih susah nak buat.


Kadang-kadang kita tambah lagi ilmu, join kuliah, baca buku lagi. Follow lagi banyak akaun dakwah tapi masih tak banyak berubah. Di sinilah kita kena berhenti sekejapcuba tanya diri kita, ilmu yang aku sedang cari ini, sedang mengubah aku atau sekadar menambah apa yang aku tahu? Allah sendiri memberi peringatan dalam Surah al-Saff:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan.

(Surah al-Saff, 61:2–3)

 Ayat ini bukan bermaksud seseorang mesti menunggu dirinya sempurna sebelum bercakap tentang kebaikan tapi igtkan kita supaya jangan sampai apa yang kita tahu dan apa yang kita lakukan terlalu jauh bezanya.

Dan dalam doa tadi Nabi SAW menyebut beberapa perkara yang sangat besar untuk kita renungkan, antaranya ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak pernah puas dan doa yang tidak didengari. Cuba tengok keadaan diri kita. Ilmu ada, tapi hati susah nak tunduk. Hati susah nak tunduk, lalu keinginan diri pula makin kuat. Nak makan walaupun sudah kenyang. Nak bercakap walaupun tidak perlu. Nak tidur walaupun banyak perkara yang sepatutnya dilakukan. Nak memiliki itu dan ini walaupun apa yang ada sudah cukup. Itulah yang kita boleh renungkan daripada lafaz "nafsin la tashba'" (jiwa yang tidak pernah puas). Bukan bermaksud hadis ini mengatakan secara terus bahawa satu perkara pasti menyebabkan perkara yang lain tapi susunan doa Nabi SAW ini cukup untuk buatkan kita berfikir yg  apa gunanya ilmu yang banyak kalau hati tidak semakin tunduk kepada Allah? jadi, laizimi doa ni dan cuba hayati. Moga-moga ilmu yang kita ada beri mafaat kepada diri kita dan orang lain