SOLAT KUNCI SEGALA-GALANYA
Baruni penulis nak sediakan satu proposal kem mini berdasarkan kisah Nabi Ibrahim, jadi, utk mengukuhkan kefahamn, selain mentadabbur Surah as-Saffat, penulis juga ada rujuk ceramah2 berkaitan kisah ni. Rata2 flow ceritanya sama tapi ada satu perkara yang membuatkan penulis tersentak dan rasa perlu share dengan pembaca.
Macam yang kita maklum, Allah uji nabi Ibrahim dengan banyak ujian yang dahsyat sehinggakan dia termasuk dalam golongan Ulul Azmi. Allah nak test betul ke nabi letak Allah ni yg utama dalam hati dan sanggup gadaikan yang dia paling sayangsemata2 nak patuh arahan Allah.
Nabi Ibrahim lama tunggu nak dapat anak. Walaupun keinganan utk dapatkan anak agak mustahil sebab isterinya tak blh mengandung, tapi hari2 nabi doa sebab yakin takde yg mustahil bagi Allah jika Allah berkehendak.
Doa Nabi Ibrahim:
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
Maksudnya: " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolongan dari orang-orang yang soleh
Siti Sarah, isterinya Ibrahim berasa kasihan lalu kahwinkan Ibrahim dengan hambanya yang bernama Hajar kemudian dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ismail AS. Kemudian, Allah suruh tinggalkan anak dan isteri kat tempat tandus yang takde air, takde makanan. Tapi Ibrahim tak persoal. Dia taat je. Ini bukan sebab dia tak sayang anak dan isteri, tapi sebab dia tahu, cinta utama tetap Allah.
Dalam Quran, Allah kata:
"Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu dia menunaikannya..." (Surah al-Baqarah:124).
Masa nak tinggalkan Hajar dengan anaknya, Hajar tanya kenapa tapi Ibrahim AS tak jawab. Kemudian, Hajar tanya, adakah ini semua arahan Allah. Nabi kata ya. Sarah redho dan Nabi Ibrahim berlalu pergi. Hajar yakin kalau ni arahan Allah, Allah takkan sia-siakan dia dan anak dia. Inilah tauhid, percaya Allah takkan zalim lagi Maha Menjaga.
Setelah jauh dari pandangan Hajar dikatakan ibrahim berhenti sebab sedih dan dia doa supaya isteri, anak dan keturunan dia jaga solat.
"Ya Tuhan-ku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat..." (Surah Ibrahim:40).
Ok ni point penting. Nabi tak doa supaya Allah jaga atau Allah bagi rezeki, makanan dekat isteri dan anaknya tapi nabi doa supaya walau apa apun keadaan, diaorg ni jaga solat. Maknanya ap? SOLAT ADALAH KUNCI KEPADA SEGALA BENDA. Solat kunci ketenangan, kebahagiaan, rezeki, keselamatan, kejayaan dan banyak lagi. Semuanya bermula dengan solat.
Dalam solat kita mengadu, kita puji Allah, kita minta pertolongan. Bila kita konsisten solat, hati kita akan sentiasa 'connected' dengan Allah. Dalam Quran, Allah sebut:
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar." (Surah al-'Ankabut:45).
Maknanya, solat bukan setakat 'tunaikan kewajipan', tapi ia benteng untuk jaga diri kita daripada rosak. Bila kita jaga solat, solat akan jaga kita.
Dunia sekarang, ramai orang cari ketenangan, cari rezeki, cari kejayaan tapi lupa nak solat. Dalam ceramah Ustaz Wadi, dikatakan hampir 80% yang meninggalkan solat. Padahal semua perkara bermula dengan solat (hubungan kita dengan Allah).
Dalam surah Taha ayat 132, Allah pesan:
"Dan perintahkanlah keluargamu untuk sola, dan bersabarlah dalam melakukannya. Kami tidak meminta rezeki darimu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu."
Nampak tak? Allah kata kita kena jaga solat dulu, rezeki tu kerja Allah. Jangan terbalik, kejar rezeki sampai tinggal solat.
Tulis sebagai peringatan untuk penulis dan juga pembaca. Semoga bermanfaat.