Sebab itu Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada rezeki yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya." (Surah al-Baqarah: 172).
Allah tidak berhenti pada perintah makan. Makan itu harus, tetapi bersyukur itu wajib. Selalunya kita lebih teruja dengan nikmat daripada mensyukuri Pemberi nikmat. Tanda syukur bukan sekadar ucap Alhamdulillah, tetapi nikmat itu menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, lebih menjaga solat, lebih mudah bersedekah dan lebih takut kalau-kalau kita menjadi orang yang kufur nikmat.
Rasulullah SAW sendiri ajar kita cara melihat nikmat. Dalam satu hadis sahih, Baginda bersabda: "Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang segala nikmat." (Riwayat al-Sahih Muslim). Para sahabat menceritakan bahawa apabila Rasulullah SAW menikmati makanan yang sedap setelah lama menahan lapar, Baginda tak hanya bergembira, tapi sllu mengingatkan bahawa setiap nikmat akan dipersoalkan oleh Allah. Inilah bezanya hati seorang mukmin. Selepas menerima nikmat, dia bukan sekadar kenyang, tetapi lahir rasa takut: Aku dah syukur ke dgn nikmat ini? Ada hak orang lain ke ?" dll.
Al-Quran sllu mengingatkan bahawa semua nikmat dunia ini sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan syurga. Rasulullah SAW juga bersabda bahawa ahli syurga akan sllu sihat, takkan sakit, tua dan hidup dalam kenikmatan selama-lamanya. Bayangkan, hari ini kita sedih apabila sakit, risau bila makin tua dan takut apabila memikirkan kematian. Tetapi semuatu tak wujud dekat syurga. Apa sahaja yang terlintas di hati, Allah akan kurniakan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang pernah kita bayangkan di dunia.
Sebab itu orang yang benar-benar memahami syurga akan meletakkan akhirat sebagai matlamat utama. Rasulullah SAW pernah menawarkan kepada seorang sahabat muda, Rabi'ah bin Ka'ab al-Aslami, supaya mintaklah apa je yang diinginkan. Beliau tidak meminta harta atau jawatan, sebaliknya berkata, "Aku memohon agar dapat menemanimu di syurga." Rasulullah SAW lalu menyuruhnya memperbanyakkan sujud sebagai bekalan menuju syurga (Riwayat Sahih Muslim). Itulah kecerdikan sebenar, memilih nikmat yang kekal berbanding keseronokan yang sementara. Jadi, kalau hari ini kita gembira dapat makan durian, Alhamdulillah. Nikmatilah dengan penuh syukur. Tetapi jangan berhenti di situ. Jadikan setiap nikmat dunia sebagai peringatan bahawa di hadapan sana ada syurga yang jauh lebih indah, yang sepatutnya menjadi destinasi utama setiap orang beriman. Semoga Allah menjadikan kita semua dalam kalangan ahli syurga.