YKAT Blog
2 minutes reading time
(499 words)
Tadabbur Surah al-Humazah (Ayat 8-9)
Allah sambung gambaran tentang neraka ayat seterusnya dalam surah al-Humazah:
كَلَّا إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ
Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat) pada tiang-tiang yang panjang. (Surah al-Humazah: 8-9)
Selepas Allah cerita tentang al-Hutamah (api yang menghancurkan segala yang dilemparkan ke dalamnya) Allah gambarkan pula keadaan orang yang berada dalam neraka itu.
"Sesungguhnya api itu ke atas mereka ditutup rapat."
Perkataan mu'sadah membawa maksud sesuatu yang ditutup dengan rapat. Bayangkan seseorang berada dalam satu ruang yang sangat sempit, tertutup, panas yang luar biasa, ada pintu tapi tak boleh keluar. Bukan sekadar tempat yang panas, tetapi tempat yang tiada jalan untuk melarikan diri.
Kat sini nak cerita yg azab neraka itu bukan seperti api dunia yang kita boleh lari daripadanya. Kalau dunia panas, kita boleh cari tempat teduh. Kalau terbakar, kita boleh minta bantuan tapi dekat neraka nanti, manusia ni akan berhadapan dengan azab yang khusus untuk mereka.
Allah sebut dalam Surah al-Hajj ayat 22:
كُلَّمَآ أَرَادُوٓا۟ أَن يَخْرُجُوا۟ مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا۟ فِيهَا وَذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلْحَرِيقِ ٢٢

Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!" Bayangkan, ada keinginan untuk keluar dan setiap kali cuba melarikan diri, mereka dikembalikan semula.
Sebab itu azab neraka bukan hanya menyakitkan secara fizikal, tetapi juga mental dan emosi. Perasaan terperangkap, menyesal, berharap tetapi harapan itu tidak akan tercapai. Dan kalau kita fikir balik, Allah cerita semua ini bukan sekadar untuk kita tahu tentang neraka. Allah cerita sebab Allah mahu kita berubah.
Tapi persoalannya, adakah semua orang akan ambil peringatan?
Dalam Surah Qaf ayat 37, Allah berfirman:
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُۥ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى ٱلسَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌۭ ٣٧
Allah kata, ayat-ayat ini menjadi peringatan kepada orang yang ada hati. Bukan hati yang sekadar hidup secara fizikal, tetapi hati yang boleh rasa takut kepada Allah, hati yang boleh tersentuh bila membaca al-Quran, hati yang mahu melihat kelemahan diri sendiri. Sebab itu cara untuk hidupkan hati adlh dgn tadabbur al-Quran.
Kemudian Allah tutup surah ini dengan ayat:
فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ
Pada tiang-tiang yang panjang. Perkataan mumaddadah datang daripada perkataan madd yang bermaksud panjang.
Para ulama tafsir menerangkan beberapa gambaran:
1. Ada yang mengatakan ahli neraka diikat pada tiang-tiang yang panjang, sehingga mereka tidak mampu bergerak.
2. Ada yang mengatakan neraka itu dipenuhi dengan tiang-tiang yang menghalang mereka.
3. Ada juga yang memahami bahawa pintu neraka itu ditutup dengan tiang-tiang yang panjang, sehingga tiada ruang untuk keluar.
Apa yang Allah nak tunjukkan?
Mustahil untuk mereka melarikan diri. Orang yang dulu di dunia rasa bebas buat apa sahaja, rasa kekayaan boleh selamatkan mereka, rasa kedudukan boleh lindungi mereka akhirnya mereka berada dlm keadaan yang tak ada lagi kuasa untuk mengubah apa-apa.
Sebab itu Surah al-Humazah bermula dengan manusia yang sibuk mencari dunia, mengumpul harta, merendahkan manusia lain tapi berakhir dengan manusia yang terkurung dalam azab. Seolah-olah Allah nak ajar kita spy jangan sampai kita terlalu sibuk membina kehidupan di dunia, tetapi lupa membina kehidupan selepas mati.

Semoga Allah jadikan kita hamba yang membaca al-Quran dengan hati yang hidup, bukan sekadar dengan lidah yang bergerak.
Stay Informed
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments