IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
1 minute reading time (271 words)

Program Muafakat i-NGO Negeri Pahang: Memperkasa Peranan NGO dalam Masyarakat

1b

1 Februari 2025, Institut Ilmu Darul Makmur (IDM) telah menganjurkan Pertemuan Muafakat i-NGO yang menghimpunkan dalam 50 NGO-NGO Islam dari seluruh negeri Pahang. Program ini bertujuan untuk memperkukuh sinergi antara NGO dalam memperjuangkan pembangunan masyarakat berlandaskan nilai Islam.

Salah satu sesi yang menjadi fokus utama program ini adalah Inisiatif Fiqh Watan, yang menekankan kepentingan memahami tatacara kehidupan berdasarkan prinsip Islam dalam konteks kenegaraan. Fiqh Watan bukan sekadar membincangkan aspek agama, tetapi juga bagaimana Islam dapat diterapkan dalam pentadbiran dan kehidupan seharian rakyat. Dalam sesi ini, turut dibincangkan isu-isu besar yang melanda umat Islam hari ini, seperti:
Kegagalan demokrasi, Kekeliruan pemikiran, Kehampaan naratif, Ketiadaan pemerkasaan

Bagi menangani cabaran ini, dicadangkan agar program pemerkasaan berlandaskan akidah, ibadah dan akhlak diperkukuhkan dalam gerak kerja NGO.


Perbincangan & Cadangan

Selepas sesi rehat tengah hari, program diteruskan dengan sesi mengemukakan cadangan. Beberapa cadangan utama telah dibincangkan.


Program ini diakhiri dengan majlis penutup pada jam 5:00 petang, di mana Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato' Zaliza bin Zulkipli menyampaikan ucapan penutup. Keseluruhannya, Pertemuan Muafakat i-NGO telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif bagi memperkukuh peranan NGO Islam di Pahang dalam membina masyarakat yang lebih baik, berasaskan prinsip Islam dan budaya tempatan. Diharapkan agar usaha ini menjadi titik tolak kepada kerjasama lebih erat antara NGO dan pihak berkuasa dalam menjayakan agenda pembangunan Islam di negeri Pahang.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Kita dah bersedia ke nak "PULANG"?
LAMAN RAUDHAH: BILA MASJID JADI TUMPUAN ORANG RAMA...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Wednesday, 12 March 2025