IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (366 words)

Ibadah ni macam puasa & solat je ke?

WhatsApp-Image-2025-03-11-at-3.56.50-PM
Bila sebut tentang ibadah, ramai yang terus terbayang solat, puasa, zakat dan haji. Itu memang betul, tapi tahukah kita bahawa ibadah sebenarnya jauh lebih luas?

العبادة هو كل ما يحب الله ويرضاه من الأقوال والأفعال الظاهرة والباطنة
Para ulama menjelaskan bahawa ibadah ini adalah segala perkara yang Allah suka dan redha, sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan, zahir mahupun batin. Ini bermakna, apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup, jika niatnya kerana Allah, boleh menjadi ibadah!

Ibadah Bukan Hanya Yang Nampak. Selalunya, kita hanya terbayang ibadah yang jelas di mata, seperti:
Solat, membaca al-Quran, bersedekah dll. 

Tapi ada juga ibadah yang mungkin kita tak sedar, kerana ia tidak nampak secara zahir. Inilah yang dipanggil ibadah batin. Contohnya:

1. Diam bila tiada perkara bermanfaat untuk diperkatakan
Kadang-kadang, menahan diri daripada bercakap sesuatu yang sia-sia atau menyakitkan hati orang lain adalah satu bentuk ibadah. Dalam dunia media sosial hari ini, diam daripada memberi komen negatif atau menyebarkan fitnah juga satu ibadah! 

2. Menahan marah dan bersabar dalam situasi mencabar
Bayangkan kita sedang memandu, tiba-tiba ada orang potong queue. Rasa marah, kan? Tapi kalau kita pilih untuk bersabar, tak mengamuk dan tidak membalas dengan tindakan negatif, itu sebenarnya satu ibadah.

3. Niat bekerja kerana Allah, walaupun hanya tugas biasa
Seorang ibu yang memasak untuk keluarga, seorang pekerja yang menyiapkan tugas dengan amanah, atau seorang guru yang mengajar dengan ikhlas, semuanya boleh jadi ibadah jika diniatkan kerana Allah.

Menghidupkan Ibadah Dalam Kehidupan Seharian
Bila kita faham bahawa ibadah bukan hanya perkara besar seperti solat atau puasa, tetapi juga termasuk perkara kecil yang dilakukan dengan niat yang betul, kita akan mula melihat kehidupan ini dengan perspektif berbeza.

➡ Menjaga kebersihan rumah? Ibadah.
➡ Tersenyum dan memberi salam kepada jiran? Ibadah.
➡ Bantu orang susah, walaupun sekadar memberi laluan di jalan raya? Ibadah.

Maka, jangan sekadar fikir ibadah itu hanya di masjid. Ia boleh berlaku di mana-mana, sepanjang masa. Apa yang penting adalah niat kita dalam setiap perbuatan. Kan kita memang diciptakan hanya untuk beribadah. Firman Allah dalam Surah Az-Zariyat:
Maksud: Tidaklah Aku ciptakan Jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku (ibadah).

Moga setiap langkah kita dalam kehidupan ini menjadi ibadah yang membawa kita lebih dekat kepada Allah. Jadikan setiap detik hidup sebagai peluang untuk meraih pahala. Wallahu a'lam.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Rahmat Allah Bukan Sekadar Harta: Menilai Makna Ke...
Surah al-Kafirun: Ketegasan dalam Prinsip, Kelembu...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Wednesday, 12 March 2025