YKAT Blog
Coretan Raya Korban 1446H
8 Jun 2025 – Raya Korban kali ini sangat bermakna. Tahun ini penulis berpeluang turun padang bersama pasukan Al-Jaafar Centre dalam menjayakan Majlis Makan Tengah Hari sempena Hari Raya Aidiladha. Majlis ini bukan sekadar makan-makan biasa tapi jadi ruang untuk kami berkumpul dan berkongsi rezeki dengan keluarga, para asnaf serta penduduk kampung sekitar.
Tarikh | 8 Jun 2025, Sabtu |
Tempat |
Al-Jaafar Centre |
Jemputan | 200 Orang |
Alhamdulillah, majlis berlangsung meriah dengan lebih kurang 200 orang tetamu hadir. Yang paling mencabar dan seronok kami masak dari awal. Ya, dari potong daging sampai ke susun lauk atas meja, semua dibuat bersama. Kami dibimbing oleh tak lain tak bukan Ustaz Moszakir, Ustaz Selebriti versi kami hehe. Menu pun bukan calang-calang kalini. Ada kambing golek, sup daging, kari kambing dan pelbagai lagi juadah sampingan.
Satu momen yang menyentuh jiwa saat melihat para tetamu menjamu selera dengan wajah penuh syukur. Terasa betul makna berkongsi rezeki dari hati, bukan sekadar memenuhi syarat sedekah.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Insan, ayat 8-9:
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (Sambil berkata): 'Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah; kami tidak menghendaki balasan dan tidak pula (ucapan) terima kasih daripada kamu.'"
Ayat ini betul-betul hidup hari ini. Kami hidangkan apa yang kami sendiri suka makan (bukan lebihan, bukan makanan "asal ada)" tapi yang terbaik buat saudara-saudara kita. Itulah antara erti sebenar korban, memberi sesuatu yang kita sayang kerana Allah.
Suasana meriah di dapur macam masuk rancangan masakan tapi versi gotong-royong ahah (boleh rujuk medsos kami). Semua main peranan, tak kira tua muda. Dan bila makanan siap dihidang, rasa penat terus hilang bila tengok semua tersenyum kenyang. Kami juga ada masak lebih supaya tetamu boleh makan tanpa limit dan boleh bawak balik sekali lauk2. Hari itu bukan sahaja tentang lauk-pauk yang sedap, tapi tentang ukhuwah, ikhlas dan doa yang tersembunyi di sebalik setiap suapan.
Raya Korban kali ini ajar saya satu perkara:
Kita mungkin tak mampu ubah nasib semua orang, tapi kita mampu buat mereka rasa dihargai walau untuk sehari.
Terima kasih Al-Jaafar Centre atas peluang ini. Moga majlis seperti ini terus hidup dan subur, bukan hanya pada hari raya, tapi sepanjang tahun. Jumpa lagi team volunteers, xoxo.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments