IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (438 words)

Bubur Kasih Ramadan 2026

WhatsApp-Image-2026-03-19-at-9.34.57-AM-1

Alhamdulillah pada 12 Mac 2026, kita berkesempatan turut serta dengan adik2 dari PMDIUC dan UCYP dengan kerjasama Al-Jaafar Centre bagi menjayakan program Bubur Kasih Ramadan. Program bermula seawal jam 9 pagi dengan sesi briefing, di mana peserta diperkenalkan dengan Yayasan Kebajikan at-Tibyan dan Al-Jaafar Centre. Kemudian, diteruskan dengan explaination program dari adik PMDIUC.

Program memasak ni diketuai oleh adik Paan, ketua chef kita, yang guide semua peserta step by step. Pagi tu memang meriah sebab ada juga adik-adik yang datang mengaji di AJC, lepas habis mengaji terus join aktiviti masak. Ada yang potong bawang, basuh ayam dll. Semua excited nak cuba buat sendir dan ada geli2 sebab katanya ni kali pertama basuh ayam ahah comel.

Masakan bermula jam 11 pagi dan kita stop sekejap untuk solat Zohor berjemaah, then sambung semula gaul bubur. Kita prepare dan pack bubur dalam 350 bekas, setiap bekas lengkap dengan sedikit flyers tentang Madrasah Ramadan, supaya penerima bukan saja dapat hidangan berbuka yang sedap, tapi juga info tentang kepentingan Ramadan dan amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan mulia ini.



By 4 petang, bubur dah siap. Sementara tunggu bubur sejuk sikit, kita semua solat Asar berjemaah dan diadakan sedikit briefing untuk aktiviti petang. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan:

Kumpulan pertama stay di Al-Jaafar Centre, buka booth drive-thru bubur lambuk. Suasana sangat lively dengan suara ceria adik-adik yang tahan kereta dan seronok panggil setiap kereta untuk ambil bubur. Orang yang datang pun tersenyum tengok budak-budak excited macam ni.

Kumpulan kedua pula buat ziarah rumah asnaf sekitar Anak Air yang dibantu oleh Tok4 Anak Air, personally deliver bubur lambuk untuk berbuka. Moment tengok senyuman dan terima kasih dari penerima memang priceless , penat tapi rasa puas yang tak boleh digambarkan, puas sebab usaha kita dapat manfaat orang lain.


Sebelum bersurai, semua peserta bergambar ramai-ramai untuk kenangan, kemudian kemas tempat dan bersurai. Memang satu hari yang penuh keseronokan, teamwork dan semangat Ramadan dari masak, pack, agih, sampai ziarah, semua dapat rasa pengalaman.

Yang bestnya, program macam ni bukan saja tentang bubur lambuk, tapi juga tentang mendidik adik-adik tentang nilai tolong-menolong, kesabaran, dan keberkatan bulan Ramadan. Moga usaha kecil kita ni jadi asbab pahala dan memberi manfaat pada semua yang terlibat. Terima kasih student dari PMDIUC sebab pilih Yayasan dan Al-Jaafar Centre sebagai rakan kerjasama buat julung kali aktiviti bersama masyarakat. Ada rezeki kita kolaborasi lagi ya, inshaAllah. Sampai jumpa lagi

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

AJC Chill & Chomp: Iftar Bersama
Majlis Iftar Kaseh Ramadan 2026
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Thursday, 19 March 2026