IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (633 words)

Bloom & Beyond

WhatsApp-Image-2025-09-22-at-9.58.58-AM

Remaja perempuan hari ini memang berdepan dengan macam-macam cabaran. Social media exposure yang tak terkawal kadang-kadang boleh bawa kepada isu yang membimbangkan dari menjual maruah diri sampai la confusion tentang perubahan badan dan cara nak uruskan period dengan betul. Kalau tak dibimbing, semua ni boleh bagi kesan besar pada kesihatan, emosi dan akhlak generasi muda kita.

Menyedari reality ni, Al-Jaafar Centre dengan kerjasama Yayasan Kebajikan at-Tibyan recently menganjurkan satu program khas untuk remaja perempuan umur 8–13 tahun. The idea is simple iaitu to create a safe, exclusive and fun place untuk adik-adik belajar, bertanya and share without feeling malu. Especially topik yang kadang susah nak discuss dengan parents.

Tarikh 13 September 2025 (Sabtu)
Tempat
Al-Jaafar Centre
Jumlah Peserta
50 Orang 

Apa yang berlaku sepanjang program?

9:15 AM - 9:30 AM
Pendaftaran & Sesi Ice Breaking
9:30 AM - 10:30 AM
Slot 1: Growing-Up Beautifully
11:00 AM - 11:30 AMJournal Period & Creative Time
11:30 AM - 12:30 THSlot 2: Self-Care
Growing-Up Beautifully

Dr. Raja Nurul Najwa kicked things off dengan sharing tentang perubahan yang berlaku pada tubuh wanita bila mula masuk fasa remaja. Dari perubahan fizikal sampai emosi, semuanya ada sebab dan hikmah. "Allah ciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian," Surat at-Tin: 4, reminding peserta yang setiap perubahan tu bukan beban, tapi rahmat. 

Terlalu banyak penceritaan di dalam al-Quran mengenai kejadian manusia, keadaan, kelebihan dan sifat-sifatnya. Betapa bertuahnya manusia kerana dijadikan Allah sebagai sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain di atas muka bumi ini.


Parking Lot Questions

Lepas tu, peserta diberi masa rehat kejap. Tapi rehat pun ada aktiviti menarik tu. Kita sediakan "Parking Lot", satu ruang khas untuk peserta tampal sticky notes dengan soalan-soalan yang mereka segan nak tanya face-to-face. Later, Dr. Najwa akan pick random notes and jawab secara santai dalam sesi seterusnya.


Slot Self Care: Jaga diri, jaga maruah
Masuk slot terakhir, Dr. Najwa pandai tarik perhatian dengan tayangan kisah seorang perempuan yang gagal menjaga diri hingga terlibat dalam pergaulan bebas. Dari situ, beliau explain risiko dan kesan yang boleh berlaku bukan saja pada diri, tapi juga pada keluarga. Serious moment yang buat ramai peserta reflect.

Nasihat Kakak kepada Adik
Program diakhiri dengan sharing oleh Kak Asma dalam slot "Nasihat Kakak kepada Adik". Beliau cerita dari perspektif Islam tentang tanggungjawab seorang perempuan selepas datang haid. Ada juga sesi spontaneous sharing. Adik-adik ni ada yg volunteer cerita pengalaman first time pengalaman period masing-masing. Macam-macam kisah kelakar keluar, sebab dulu ilmu ni jarang dibincang terbuka. Tapi sekarang, alhamdulillah, lebih banyak inisiatif macam ni wujud untuk guide remaja.

Sebelum program tamat, min sempat interview beberapa peserta. Ada yang kata, "Saya baru tahu banyak benda tentang period," ada juga yang kata, "Saya pernah dengar, tapi kat sini saya lebih faham." For the older sisters, program ni rasa macam tambah ilmu yang sebelum ni tak clear.Nak tengok feedback penuh? Boleh check kat IG @aljaafar_centre dan @attibyankuantan.

Program ended dengan sesi bergambar ramai-ramai, senyum puas terpancar kat muka adik-adik. Hopefully, dengan knowledge yang mereka dapat, mereka akan lebih yakin, lebih jaga diri, dan bersedia menghadapi cabaran as a young Muslimah.

Antara  yang kita belajar dari hari tu, sometimes all they need is a safe space, a kakak figure and a little guidance untuk faham diri mereka sendiri.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

The Light of ad-Dhuha
Lawat Ladang Ayam Organik
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Thursday, 25 September 2025