IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (587 words)

Back2School 2025 – Senyuman Mereka, Kebahagiaan Kita

WhatsApp-Image-2025-02-26-at-2.43.24-PM

22 Februari 2025 menjadi satu tarikh yang penuh makna dalam kalender Yayasan Kebajikan at-Tibyan apabila program Back2School 2025 berjaya dilaksanakan dengan penuh keceriaan dan keberkatan di Mydin Kuantan. Program ini bukan sekadar acara membeli kelengkapan sekolah, tetapi lebih kepada usaha menyuntik semangat dan harapan baharu kepada anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk menghadapi sesi persekolahan dengan lebih yakin.

Setiap tahun, keperluan persekolahan menjadi cabaran besar bagi keluarga yang kurang berkemampuan. Kasut yang sudah ketat, beg yang koyak, alat tulis yang tidak mencukupi, semuanya memberi tekanan kepada ibu bapa yang mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun, keterbatasan kewangan sering menjadi penghalang. Oleh sebab itu, program Back2School 2025 hadir sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan beban mereka dengan harapan agar tiada anak-anak yang berasa tersisih hanya kerana kekurangan kelengkapan sekolah.

Seawal pagi, suasana di Mydin Kuantan mula meriah dengan kehadiran anak-anak yang ditemani ibu bapa masing-masing. Dari riak wajah mereka, jelas kelihatan keterujaan dan kegembiraan. Bagi mereka, pengalaman memilih sendiri kelengkapan sekolah adalah sesuatu yang sangat istimewa. Ada yang tersenyum lebar apabila dapat memilih beg sekolah dengan watak kartun kegemaran mereka, ada juga yang kelihatan tekun mencuba saiz kasut, baju sekolah yang sesuai agar selesa dipakai sepanjang tahun persekolahan.

Bagi ibu bapa pula, ucapan syukur dan terima kasih tidak putus-putus diungkapkan. Ada yang sebak kerana tidak menyangka rezeki ini hadir pada saat mereka benar-benar memerlukan. Dengan adanya program ini, beban tersebut terasa ringan dan hatinya kembali tenang melihat anaknya gembira seperti rakan-rakan lain.

"Kami hanya menjadi pengantara dalam menyampaikan amanah ini," itulah yang sering kami tekankan. Hakikatnya, segala kebaikan ini adalah atas kehendak Allah dan hasil keprihatinan serta kemurahan hati para penyumbang yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Setiap ringgit yang diinfaqkan telah mengukir senyuman dan memberikan sinar harapan kepada anak-anak ini untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersemangat.


Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mydin Kuantan yang bukan sahaja menjadi lokasi program, tetapi turut memberikan harga istimewa bagi setiap kelengkapan yang dibeli untuk anak-anak tajaan. Dengan harga yang lebih rendah, lebih ramai anak-anak dapat menerima manfaat daripada program ini. Usaha ini amat bermakna dan semoga perniagaan Mydin terus berkembang maju serta mendapat keberkatan daripada Allah.

Bagi mereka yang masih mencari kelengkapan sekolah pada harga yang berpatutan, Mydin Malaysia adalah pilihan terbaik dengan pelbagai produk yang berkualiti serta mesra poket. Setiap barangan yang dibeli di sini bukan sahaja memenuhi keperluan, tetapi juga menyokong perniagaan tempatan yang sentiasa prihatin terhadap masyarakat sekeliling.

Setiap kebaikan yang kita lakukan tidak akan sia-sia. Ia akan menjadi pahala bertrusan dan saham di akhirat yang akan kita tuai di kemudian hari. Justeru, marilah kita bersama-sama meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan agar lebih ramai yang mendapat manfaat dan tiada siapa yang tertinggal dalam mengejar impian mereka.

Program Back2School 2025 ini mungkin hanya berlangsung dalam sehari, tetapi impaknya akan dirasai sepanjang tahun, malah bertahun-tahun akan datang. Semoga dengan usaha kecil ini, kita dapat menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan membantu membentuk masyarakat yang lebih penyayang serta prihatin. Teruskan menyokong program-program kebajikan seperti ini agar lebih ramai yang dapat dibantu. Insya-Allah, kita akan terus menabur bakti demi ummah.


Taklimat Program Back2School


Sesi Penyampaian Sumbangan

Sesi membeli barangan sekolah

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Why Strive to Be a Righteous Person? Is It Really ...
Jangan Putus Asa dengan Rahmat Allah
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Wednesday, 12 March 2025