Laporan Akhir Tahun Yayasan Kebajikan At-Tibyan (YKAT) adalah satu panduan menyeluruh mengenai aktiviti dan pencapaian kami sepanjang tahun. Dokumen ini mencerminkan komitmen kami dalam menyebarkan nilai-nilai kebaikan, memberi sokongan kepada yang memerlukan, dan menerangi pengetahuan dalam masyarakat. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan NGO atau badan lain yang berkongsi hasrat untuk membantu masyarakat di Pahang. Laporan ini memberi peluang untuk memahami peranan dan impak kami dalam komuniti. Melalui kerjasama, kita dapat menjalankan program dan inisiatif bersama yang lebih besar, memberi manfaat yang lebih luas, dan mencapai matlamat dakwah dan kebajikan dengan lebih efektif di Pahang. Kami berharap laporan ini dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi bagi gerakerja kebajikan dan dakwah, serta menjadi asas untuk usaha bersama dalam mencapai perubahan positif di komuniti.