Buku ini adalah panduan kepada masyarakat untuk kembali membetulkan matlamat kehidupan. Tidak tahu hala tuju sebenar mengapa manusia diciptakan menyebabkan kita terus leka dan lalai dari maksud sebenar kehidupan. Kehidupan dicari semahunya dan tidak sedar amalan akhirat diabaikan sedang yang akan dibawa bekal adalah amalan semasa hidup.
Orang yang tahu matlamat hidup akan tahu apa yang sepatutnya diusahakan dalam kehidupannya. Berpaling dari Allah hanya menyebabkan diri manusia sempit dan dirundung pelbagai masalah. Jalan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan ketaatan dan mengerjakan solat. Sesiapa yang mencari selain itu, ketenangan yang diperolehi tidak akan kekal,bahkan akan membuatkan diri lebih jauh dari rahmat Allah.
Buku poket ini adalah panduan & rujukan asas kepada para pendakwah untuk menyampaikan ayat-ayat Allah ﷻ & Hadis Nabi ketika melakukan ziarah dakwah. Al-Quran adalah sebaik-baik perkataan & berita,dan hadis adalah sebaik-baik petunjuk dari Nabi ﷺ.
ٱذْهَبْ أَنتَ وَأَخُوكَ بِـَٔايَـٰتِى وَلَا تَنِيَا فِى ذِكْرِى
Taha 20:42
"Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.
Menyampaikan ayat-ayat Allah & hadis ketika dakwah adalah sunnah besar Baginda Nabi yang wajar kita jadikan contoh ikutan dalam gerak kerja dakwah. Ia jauh lebih baik dari kata-kata manusia & dan pengalaman diri. Kata-kata Allah akan memberi bekas yang lebih berkesan dalam diri manusia kerana ia adalah mukjizat agung. Kita hanya menyampaikan, Hidayah adalah haq mutlak Allah SWT.
"Messages from Allah: A Pocket Guide to Key Verses"
This pocket-sized book offers a concise summary of essential Quranic verses that may not have reached you before. It serves as a vital resource for anyone seeking to understand the core messages of Islam. The book emphasizes the importance of sharing Allah's words with all of humanity, as encouraged by our Prophet Muhammad (SAW). Each verse is presented with a brief explanation to aid in comprehension and self-reflection. This guide is designed to help Muslims fulfill their responsibility of spreading the true teachings of Islam and to provide clarity for those looking to explore these messages further.
"Pesanan Dari Allah: Panduan Poket Ayat-Ayat Utama"
Buku poket ini menawarkan ringkasan padat mengenai ayat-ayat penting dari Al-Quran yang mungkin tidak pernah sampai kepada anda sebelum ini. Buku ini berfungsi sebagai sumber penting bagi sesiapa yang ingin memahami mesej utama Islam. Buku ini menekankan kepentingan menyebarkan kata-kata Allah kepada seluruh umat manusia, sebagaimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad (SAW). Setiap ayat disertakan dengan penjelasan ringkas untuk membantu pemahaman dan refleksi diri. Panduan ini disusun untuk membantu umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyebarkan ajaran Islam yang sebenar dan memberikan penjelasan kepada mereka yang ingin meneroka mesej-mesej ini lebih lanjut.