Buku ini adalah panduan kepada masyarakat untuk kembali membetulkan matlamat kehidupan. Tidak tahu hala tuju sebenar mengapa manusia diciptakan menyebabkan kita terus leka dan lalai dari maksud sebenar kehidupan. Kehidupan dicari semahunya dan tidak sedar amalan akhirat diabaikan sedang yang akan dibawa bekal adalah amalan semasa hidup.
Orang yang tahu matlamat hidup akan tahu apa yang sepatutnya diusahakan dalam kehidupannya. Berpaling dari Allah hanya menyebabkan diri manusia sempit dan dirundung pelbagai masalah. Jalan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan ketaatan dan mengerjakan solat. Sesiapa yang mencari selain itu, ketenangan yang diperolehi tidak akan kekal,bahkan akan membuatkan diri lebih jauh dari rahmat Allah.
Buku poket ini adalah panduan & rujukan asas kepada para pendakwah untuk menyampaikan ayat-ayat Allah ﷻ & Hadis Nabi ketika melakukan ziarah dakwah. Al-Quran adalah sebaik-baik perkataan & berita,dan hadis adalah sebaik-baik petunjuk dari Nabi ﷺ.
ٱذْهَبْ أَنتَ وَأَخُوكَ بِـَٔايَـٰتِى وَلَا تَنِيَا فِى ذِكْرِى
Taha 20:42
"Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.
Menyampaikan ayat-ayat Allah & hadis ketika dakwah adalah sunnah besar Baginda Nabi yang wajar kita jadikan contoh ikutan dalam gerak kerja dakwah. Ia jauh lebih baik dari kata-kata manusia & dan pengalaman diri. Kata-kata Allah akan memberi bekas yang lebih berkesan dalam diri manusia kerana ia adalah mukjizat agung. Kita hanya menyampaikan, Hidayah adalah haq mutlak Allah SWT.