Alhamdulillah, cuti sekolah kali ini penuh makna. Kalau sebelum ni kita biasa tengok ramai buat Kem Haji Cilik, kali ni kami cuba bawa kelainan sikit dengan anjurkan Kem Qurban Cilik. Walaupun macam tak pernah nampak lagi orang buat yang macam ni, kami cuba jalan dulu. Dan... sambutannya? MasyaAllah, luar biasa! Hampir 70 orang peserta, kebanyakannya anak-anak asnaf dan dari kawasan sekitar yang join program ni. Berikut merupakan butiran program

Tarikh 4 Jun 2025, Rabu
Tempat
Al-Jaafar Centre
Penyertaan
PERCUMA

Kenapa Kem Qurban Cilik?

Kita semua tahu bila tiba Hari Raya Aidiladha, memang ramai anak-anak akan pergi tengok proses sembelihan. Tapi berapa ramai yang faham kenapa kita buat qurban? Dari mana datangnya amalan ini? Siapa yang mula-mula buat?

Jadi itulah misi utama kami. Kami nak bantu anak-anak ni faham bukan sekadar tgk, tapi hayati kisah dan hikmah qurban.

9:15 am - 9:30 am
Sesi Pengenalan: Ice-Breaking
9:30 am - 10:00 am
Slot 1: Sejarah Pensyariatan Ibadah Korban: Kisah Nabi Ibrahim dan Ismail
10:00 am - 11:15 am
Slot 2: Qurban, The Sunnah Way
12:00 am - 1:00 pm
Slot 3: Simulasi Korban, Kuiz, Penyampaian Hadiah dan Solat Zohor berjemaah

Pengisian Program

Salah satu slot utama kem ini ialah aktiviti berkumpulan berdasarkan kisah Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS, seperti yang diceritakan dalam Surah As-Saffat. Fasilitator bawa adik-adik menyelami kisah agung ini melalui storytelling dan aktiviti susun gambar mengikut kronologi. Serius, comel sangat tengok mereka berfikir dan berbincang sesama sendiri dengan bimbingan2 akak2 dan abg2 fasi kumpulan. Ada yang sampai terpusing2 kertas nak menyiapkannya ahahah. Sangat happening!

Slot seterusnya lebih interaktif. Adik-adik boleh main sambil belajar. Kami terangkan konsep asas qurban, siapa yang perlu qurban, apa maksudnya, kenapa kita buat, dan bila masa terbaik untuk laksanakannya.

Dan rata-rata mereka dah tahu perkara asas sebab dah belajar di sekolah. Jadi, slot ini lebih kepada mengukuhkan apa yang mereka dah tahu dengan cara yang lebih fun. Kami sediakan dalam bentuk explorace. ada checkpoint, ada cabaran, ada games dsb.

Bila slot yang terakhir, kami bawa masuk replika lembu dan kambing sebab nak bagi anak-anak ni bukan setakat dengar dan faham, tapi rasa pengalaman qurban tu. Bila kambing "masuk gelanggang" terus bergema suara teruja dari adik-adik. Ada yang nak pegang, ada yang menjerit excited, ada yang buat gaya nak sembelih dah yeee hahahha. Bila panggil volunteers buat korban, masing2 terus pecut laju ke depan nak buat

Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan lancar dan penuh barakah. Kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penaja, ibu bapa fasilitator, dan volunteers yang tak berhenti menyumbang makanan, kwgn, doa, tenaga dan masa demi menjayakan Kem Qurban Cilik ini. Tanpa kalian, tak mungkin ia jadi macam dalam perancangan.

Semoga Allah terima usaha kecil ini dan semoga ada lagi edisi Kem Qurban Cilik pada masa akan datang, insyaAllah. Mana tahu, lepas ni mungkin ada Qurban Cilik ke? Siapa tahu. Follow kami rapat2 untuk update next program. 


Feedback dari Ibu Bapa dan Penjaga