Kalau kita nak bantu orang, mana satu lebih utama? bagi barangan atau bagi ilmu?

Ramai antara kita bila nampak orang susah, automatik fikir nak hulur barang atau duit. Tak salah pun, malah sangat digalakkan! Tapi kalau nak fikir jangka panjang, ilmu sebenarnya jauh lebih utama.

Rasa2 kenapa?
Sebab barangan akan habis, tapi ilmu kekal selamanya. Barang habis, duit pun boleh licin tapi ilmu bila dah sampai ke hati dan diamalkan, ia akan terus hidup dan membantu orang tu untuk ubah nasib sendiri. Macam kata pepatah, "Berikan seseorang ikan, dia kenyang sehari. Ajarkan dia memancing, dia kenyang seumur hidup."

Allah SWT sebut dalam Al-Quran:

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
(Surah Az-Zumar, 39:9)

Ayat ni simple tapi sangat mendalam. Allah nak tunjukkan betapa tinggi darjat orang yang ada ilmu. Bukan sebab mereka tahu banyak benda duniawi, tapi sebab ilmu itu yang membimbing seseorang untuk kenal Allah, kenal tujuan hidup dan kenal jalan keluar dari kesusahan.

Kalau kita tengok zaman Nabi SAW, ramai sangat orang miskin. Tapi peliknya, mereka tak pernah jauh dari masjid, tak pernah tinggal solat.Sebab apa? Sebab Nabi SAW tak biarkan mereka miskin ilmu. Nabi sentiasa ajar, sentiasa bimbing. Antara contohnya sahabat Nabi, Abu Hurairah RA
Dia ni memang antara yang paling miskin tak ada rumah, duduk di masjid, hidup sederhana sangat. Tapi siapa sangka, beliau jadi perawi hadis paling banyak.


Banyak ilmu agama kita hari ni datang daripada Abu Hurairah.

Bayangkan, kalau Nabi hanya bagi makanan atau duit saja masa tu, mungkin Abu Hurairah hanya kenyang sehari dua. Tapi sebab Nabi bagi ilmu, Abu Hurairah "mengenyangkan" umat Islam sampai hari ni dengan ribuan hadis yang kita masih belajar dan amalkan.

Zaman Nabi dulu, ramai miskin dari segi harta, tapi kaya dengan iman dan ilmu.
Zaman sekarang, ramai yang cukup makan, tapi lapar dari segi jiwa dan panduan hidup.

Itulah beza besar antara dua zaman. Sebab tu, kalau kita nak bantu orang hari ni, jangan berhenti pada bantuan fizikal je. Hulur barangan tu bagus tapi kalau boleh, sertakan dengan ilmu dan bimbingan. Sebab akhirnya, orang miskin (manusia) lebih perlukan ilmu daripada duit. Ilmu yang betul akan buat dia berubah, berusaha dan tahu cara keluar dari kesusahan dengan izin Allah.

Bila kita bantu dengan ilmu, kita bukan sekadar ubah nasib seseorang tapi ubah keturunan dia.Dan bila ilmu tu diamalkan dan diajarkan kepada orang lain, pahala tu takkan pernah putus. Macam sabda Nabi SAW

"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh ygmendoakannya."

(HR Muslim) 

Macam ni lah kami di Yayasan,  kami bukan organisasi yang ada sumber kewangan tetap atau kukuh, tapi kami tetap cuba bantu sehabis baik dengan apa yang ada.

Bila dana ada, insyaAllah kami turun bantu dengan barangan, makanan dan keperluan asas. Tapi bila dana belum mencukupi, kami akan bantu salurkan maklumat kepada pihak lain yang lebih bertanggungjawab. Cuma satu perkara yang kami amalkan setiap kali turun ziarah, kami akan kongsi ilmu ringkas. Kadang cuma beberapa minit tapi harapnya sedikit sbnyak membantu menambahkan ilmu agama