27 Oktober 2025 – Macam biasa setiap malam Selasa, kami turun bersama pihak Masjid Tepian Putra untuk program santunan dan agihan makan malam buat asnaf, non-Muslim, gelandangan dan juga pekerja sosial sekitar Kuantan. Tujuan asalnya memang nak dekati mereka, bukan sekadar hulur makanan, tapi nak hadir sebagai teman dan saudara sesama insan. Tapi jujur cakap, makin lama kita buat, makin terasa sebenarnya kita yg lebih byk belajar drp mereka.

Lepas Isyak, kami semua berkumpul di masjid untuk mula packing makanan. Menu malam ni simple tapi alhamdulillah mengenyangkan iaitu nasi lemak, roti berkrim dan air mineral. Tak fancy pun, tapi cukup untuk rasa kenyang

.

Destinasi pertama: surau kanak-kanak di Jalan Wong Ah Jang.

Macam biasa, bila kita sampai je terus disambut dengan jeritan kecil adik-adik yang dah kenal kami. Mereka ni kebanyakannya tinggal sekitar kawasan situ, datang ke surau untuk belajar agama dan mengaji. Seronok tengok mereka makan sama-sama sambil tak henti2 cerita pasal keluarga dan sekolah mereka. Masing2 berebut nak share kisah masing2 ahha seminggu sekali je kan jumpa, tu banyak nak cerita tu.

Shout out buat ustaz dan ustazah yang hari-hari sabar mendidik dan menjaga mereka. Kadang kita lupa, para pendidik ni juga sebahagian daripada pejuang barisan hadapan dalam membina generasi berakhlak.


Selesai di surau, kami bergerak ke beberapa kawasan sekitar bandar Kuantan. Lorong demi lorong kami singgah sekadar utk bertanya khabar dan mendengar cerita. Bila turun ke lapangan begini, barulah kita sedar betapa luasnya ujian hidup manusia. Ada yang asalnya datang dari kampung dengan niat mencari rezeki halal, tapi perjalanan tak semudah disangka. Ada yang terpaksa tidur di kaki lima sebab kerja tak kekal. Ada juga yang terperangkap dalam kesilapan masa lalu, tapi masih cuba bangun. Waktu dengar cerita-cerita ni, hati jadi sayu. Kadang kita ingat semua orang ada peluang sama, tapi rupanya tidak. Allah uji setiap orang dengan jalan yang berbeza.

Setiap kali balik dari lapangan, mesti hati ni rasa yang Allah tu baik sgt.
Nikmat yang Dia bagi dekat kita, kalau nak kira satu-satu memang takkan habis. Tapi manusia ni selalu rasa kurang. Nampak orang lain ada lebih, terus lupa nak hargai apa yang kita dah pegang, kan?

Allah dah pesan dalam surah Ibrahim ayat 7:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu; tetapi jika kamu kufur (ingkar), sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."

Dan dalam satu hadis riwayat Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda:

"Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim, dan solatlah ketika orang lain sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat."

(Riwayat Tirmizi)

Semasa agihan malam tu, kami sempat jumpa seorang saudara yg dah masuk Islam hampir 15 tahun, tapi katanya masih belum faham  tentang asas agama. Bayangkan, dah sekian lama memeluk Islam, tapi masih tercari-cari jalan untuk mengenal Tuhan yang sebenar.

Alhamdulillah, malam tu bersama kami juga ada Ustaz Hakim dari PERKIM. Jadi terus kami ajak saudara tu untuk sertai Kelas Mingguan Bimbingan Mualaf di Masjid Besar Kuantan.  Kadang bukan dia tak nak belajar, cuma tak tahu di mana nak mula atau mungkin tiada siapa yang bimbing.

Sebenarnya, peluang dan ruang untuk belajar tu memang banyak. Inilah peranan kita semua untuk menjadi penghubung, menyambungkan mereka dengan pihak yang boleh membimbing, bukan sekadar hulur bantuan fizikal. Sebab dakwah ni bukan hanya tentang memberi, tapi juga menuntun hati agar kembali dekat dgn Allah. 

Bagi makan bukan sekadar sedekah fizikal tapi tanda kasih. Bila kita hulur sepinggan nasi, sebenarnya kita sedang hulur doa dan harapan agar mereka juga merasa rahmat Allah. Kadang kita fikir program agihan ni kecil je, tapi hakikatnya ia besar di sisi Allah. Kita bukan sekadar beri makanan, tapi beri rasa dihargai. Dan dalam proses tu, Allah sebenarnya sedang mendidik hati kita supaya lebih bersyukur dan lebih memahami. Alhamdulillah atas nikmat dan kesempatan ni.

Malam di Tepian Kasih mungkin sunyi, tapi di situlah kadang kita jumpa makna sebenar hidup yg bukan pada apa yang kita miliki, tapi pada apa yang kita beri. Terima kasih kepada penyumbang dan sukarelawan yang turun minggu ni. InshaAllah ada rezeki, kita jumpa lagi. Yang berminat nak sertai kita, jangan malu2, jom bersama.