Student-student ni kata sanggup kumpul duit sendiri untuk buat potluck. Tgk kesungguhan mereka, kita ajukan ke pihak pengurusan. Alhamdulillah, program diluluskan! Jadi semua bawa makanan sendiri, makanan utama kami taja dan jadilah satu majlis potluck yang meriah.
Kami mula dengan buka puasa sama-sama, solat Maghrib berjemaah, kemudian ada sesi bergambar dan main bunga api. Lepas itu, sambung solat Isyak dan Terawih dan akhir sekali sambung lagi main bunga api dan macam2 aktiviti bersama. Seronok sangat tengok student-student ni gembira.
Majoriti student2 ni tinggal di kawasan sekitar dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah, pihak AJC menaja mereka supaya boleh belajar secara percuma. Dah setahun kami bersama mereka, dan masih terus berkembang. Melihat mereka bahagia, min rasa syukur sangat kerana dikelilingi anak-anak yang comel, manja, tapi penuh semangat.
Majlis macam ni bukan sekadar makan-makan. Ada beberapa perkara yang boleh kita ambil iktibar. Anak-anak ini walaupun datang dari latar belakang kurang berkemampuan, tetap punya hati yang bersih dan sanggup berkongsi. Min juga belajar, nikmat kecil itu besar maknanya. Kadang kita rasa benda kecik macam potluck atau main bunga api tu simple je. Tapi untuk mereka, ia momen yang penuh kegembiraan, kenangan manis.
Min sangat happy tengok semua ni. Semoga ada ruang untuk terus berkhidmat, bantu, dan gembirakan mereka. Kita doakan juga untuk para guru yang sabar mendidik, dan semua pihak yang terlibat. Tanpa mereka, majlis macam ni takkan berjalan dengan lancar.
Akhir kata, majlis macam ni mengingatkan kita bahawa kebahagiaan tak selalu datang dari harta atau glamour tapi dari senyuman, kasih sayang dan rasa bersama. Alhamdulillah untuk semua nikmat ni.